BELUM pun reda kes ditangkap khalwat, tiba-tiba muncul pula gosip mengatakan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz sudah melangsungkan pertunangan. Menjawab mengenai dakwaan itu, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memberi jaminan bahawa dia dan Aliff tidak mungkin menjalinkan sebarang ikatan perhubungan. "Tak akan berlaku (bertunang). Tak ada la, hal itu pun (penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek. Ruhainies menafikan dia dan Aliff sudah bertunang. "Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih," katanya kepada mStar. Ruhainies mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes khalwat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Ruhainies juga enggan mengulas sindiran dan tuduhan bekas isteri Aliff iaitu Bella Astillah yang mendakwa dirinya sebagai perosak rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Datang mahkamah berasingan, Ruhainies senyum lebar teruja jumpa rakan media - "Saya tak pandai berlakon, menangis depan kamera" ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz ada duit simpanan, tuduhan kononnya Ruhainies tanggung hidup satu fitnah berat Menurut Ruhainies, perkara tersebut dianggap tidak relevan untuk dijawab kerana fokusnya kini mahu menyelesaikan kes khalwat. "Soalan ini terlalu berat. Mengenai hal itu, apa yang boleh katakan... kes hari ini melibatkan khalwat, kalau boleh saya memang tak nak sentuh isu lain. "InsyaAllah nanti kita jawab pada masa yang sesuai nanti," katanya. Tak akan berlaku (bertunang). Tak ada la, hal itu pun (penyebaran berita pertunangan) merepek. RUHAINIES PELAKON Sementara itu, Ruhainies turut mengakui kontroversi kes khalwat ini sedikit sebanyak mengganggu emosi dan fikirannya. "Tentulah rasa terganggu juga. Saya pun manusia biasa," ujarnya. Untuk rekod, Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu. Pada 20 Jun lalu, mereka hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat. Perbicaraan ditangguhkan pada 17 Oktober dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!