suria

[V] Aliff Aziz ada duit simpanan, tuduhan kononnya Ruhainies tanggung hidup satu fitnah berat

PELAKON Ruhainies tampil menjawab dakwaan kononnya dia menanggung kehidupan Aliff Aziz selepas aktor itu bercerai dengan Bella Astillah.

Kata Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 31, segala spekulasi dibuat netizen itu merupakan satu fitnah berat dan tidak benar sama sekali.

Dalam hal ini, Ruhainies mendakwa Aliff mempunyai sumber kewangan dan juga simpanan mencukupi untuk menanggung kehidupannya sendiri.

TOP alip5 - 1

Ruhainies menyangkal dakwaan netizen yang disifatkan sebagai fitnah.

"Itu fitnah yang sangat-sangat berat, dan benda itu sudah tentu tidak benar.

"Selama ini Aliff punya tawaran berturut-turut, takkanlah duit dia cepat habis atau pun sudah habis," katanya kepada mStar.

Ruhainies menjawab mengenai perkara itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes khalwat di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Ruhainies tenang hadir mahkamah kes khalwat, minta doa dipermudah urusan

Ditanya mengenai kariernya selepas kontroversi berlaku, Ruhainies memaklumkan dia masih mempunyai pekerjaan dan ditawarkan peluang lakonan.

"Alhamdulillah saya ada projek macam biasa dan saya tidak mahu kongsi dahulu. Nanti tengoklah di media sosial apa yang saya buat," ujarnya.

Manakala Aliff pula memberitahu dia memilih untuk berehat terlebih dahulu daripada sebarang tawaran dan menggunakan wang simpanan yang ada.

"Alhamdulillah saya masih ada simpanan saya yang sebelum ini dengan tawaran yang ada. Masih ada (duit) dan doakan yang baik-baik untuk semua," ujarnya.

alip3 - 1

Aliff dan Ruhainies tiba bersama wakil peguam.

Untuk rekod, Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan perbicaraan akan disambung pada 17 Oktober depan dan bon jaminan mereka turut dilanjutkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain