suria

Tidak bermusuh, Aliff Aziz dan Ruhainies masih berhubung seperti biasa

Ruhainies dan Aliff nafi bermasam muka selepas berdepan kes khalwat.

PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies akan meneruskan hubungan baik meskipun mereka kini sedang berdepan pertuduhan kes khalwat di mahkamah.

Kata Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, tiada alasan untuk dia dan aktres berkenaan bermasam muka seperti anggapan ramai pihak.

"Orang mungkin kata kami perlu bersikap dingin kerana berdepan pertuduhan mahkamah. Namun bagi saya apa yang berlaku tidak menghalang untuk kami berhubung secara normal.

"Kami bukan bermusuhan. Tak perlu nak bermasam muka atau bergaduh," katanya kepada media.

alip4 - 1

Ruhainies dan Aliff masih meneruskan persahabatan dengan baik.

Aliff dan Ruhainies ditemui ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu bagi sebutan kes khalwat melibatkan mereka.

Kedua-duanya membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.

Sudah bersedia menempuh perbicaraan seterusnya, Aliff juga berjanji akan memberikan komitmen terbaik sepanjang prosiding berkenaan.

"Selepas membuat pengakuan tidak bersalah, saya pasti akan memberi komitmen sepenuhnya mengikut prosiding dengan teliti.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Ruhainies tenang hadir mahkamah kes khalwat, minta doa dipermudah urusan

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

"Lega juga selepas prosiding hari ini berjalan lancar. Saya akan tempuh lagi di masa akan datang dalam tempoh panjang. Doakan semua berjalan lancar," luahnya.

Sebelum itu, Aliff juga dilihat tenang bertemu media dan sedia menjawab pelbagai persoalan serta memberikan kerjasama baik.

Malah dia dilihat tidak terburu-buru atau cuba mengelak bertemu pengamal media sejak awal tiba di mahkamah.

Aliff bagaimanapun berkata dia mahu memberikan fokus kepada isu sedang dibicarakan tanpa menyebut hal lain terutama berkaitan isu rumah tangga bersama bekas isteri, Bella Astillah.

alip5 - 1

Aliff mahu memberikan kerjasama untuk prosiding kes khalwat bersama Ruhainies.

"Kami beri kerjasama isu ini. Hal-hal lain saya tak mahu cakap kerana bimbang ada pihak manipulasi," jelasnya.

Untuk rekod, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Perbicaraan kes mereka ditangguhkan pada 17 Oktober depan dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain