SELEPAS lama mengunci mulut atas pelbagai dakwaan menyeleweng dana orang awam, personaliti media sosial Aisyah Hijanah tampil menyangkal semua tuduhan dilemparkan terhadapnya dan suami iaitu Alif Teega. Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 29, menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi. Malah tuduhan menerima komisyen sebanyak 20 peratus seperti didakwa juga adalah tidak benar. Aisyah dan Alif serahkan fitnah isu seleweng dana awam pada peguam. "Saya ingin menegaskan saya dan suami tidak menggunakan duit derma sewenangnya untuk tujuan peribadi. Kami juga tidak menerima komisyen sebanyak 20 peratus sebagaimana yang didakwa. "Saya pilih untuk serahkan segalanya kepada peguam saya sebab risau kenyataan saya akan dimanipulasi dan isu ini menjadi lebih besar. "Ditambah pula ada yang buat akaun Facebook palsu sedangkan saya cuma ada Instagram dan TikTok," katanya. Aisyah menejelaskan perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada petang Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah jawab tuduhan suami berpoligami sekadar gimik, ada sebab tak tayang muka madu di media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh buang pekerja persoal audit syarikat, Aisyah Hijanah cari penyebar fitnah - “Saya lembut tapi bukan lemah” Dalam pada itu, Aisyah memberitahu dia juga bakal mengambil tindakan undang-undang kepada pihak-pihak yang memfitnah dia dan Alif. Malah pempengaruh itu berkata tiada kenyataan lain akan dibuat kerana segalanya akan dilakukan melalui proses mahkamah. "Insya-Allah saya memandang serius apa kenyataan diberikan oleh beberapa individu yang saya kenal pasti berdasarkan sumber dikeluarkan akaun yang memfitnah saya. "Tindakan akan diambil ke atas mereka. Tiada lagi sebarang respon daripada pihak saya dan suami, kita buat secara profesional," jelasnya. Hebahan media daripada peguam mewakili Aisyah dan Alif. Sebelum ini, tular di media sosial apabila sebuah akaun di Facebook mendakwa Aisyah membuat kutipan derma untuk tujuan kepentingan peribadi. Akaun tersebut turut memberitahu personaliti itu sanggup mencipta kontroversi dimadukan oleh suaminya untuk mencari publisiti dan simpati masyarakat. Dakwa mereka, masyarakat mudah tersentuh dengan isu isteri yang dianiaya dan akan terpedaya untuk memberikan derma. Mereka juga mempersoalkan kemewahan yang dimiliki Aisyah dan mendedahkan tindakan personaliti itu hanya diketahui oleh bekas pekerja, pembekal tudung (rakan bisnes) dan pempengaruh media sosial. Pekerja yang mempersoalkan audit kutipan derma dipercayai akan dibuang kerja serta merta. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!