suria

4 tahun tanggung malu, nama Aliff Syukri kembali bersih... Anggap 2 rakan kongsi ‘duri dalam daging’

Aliff syukur keputusan mahkamah bagi kes saman sivil yang difailkan bekas rakan kongsi berpihak kepadanya.

SELEPAS empat tahun menanggung malu, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berjaya membuktikan dia tidak bersalah selepas disaman dua rakan kongsinya atas tuduhan melanggar kontrak.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, sepanjang tempoh itu dia berdepan dengan pelbagai tohmahan termasuk akaun miliknya dibekukan.

Kemenangan itu kata Aliff membuktikan dua rakan Restoran Rumah Makan Terlajak Laris itu cuba menikamnya selain menyifatkan mereka sebagai duri dalam daging.

size NP 1 - 2024-07-02T170544.668

Lima Restoran Rumah Makan Terlajak Laris sudah ditutup ketika PKP.

"Selepas empat tahun perjalanan kes saya dengan dua bekas rakan kongsi, Alhamdulillah semuanya selesai di mahkamah dengan kemenangan berpihak kepada saya.

"Pelbagai tohmahan saya terpaksa tanggung sampai akaun dibekukan... Rakan kongsi pula tergamak tikam belakang dan mereka saya sifatkan sebagai duri dalam daging," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Aliff menjelaskan lima cawangan restoran berkenaan sudah pun gulung tikar sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas Aliff disebabkan perkara itu juga dia terpaksa menanggung kerugian yang sangat besar dan menutup kesemua restoran tersebut adalah jalan terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri menang saman fitnah, mahu heret bekas pembantu peribadi ke penjara

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas pembantu Aliff Syukri tak cukup duit cari peguam, harap bekas majikan sudi maaf

"Sebenarnya restoran ada lima cawangan bernilai jutaan ringgit tapi disebabkan PKP ia ditutup.

"Saya tak suka nak kecoh tentang apa yang berlaku, tetapi restoran itu ditutup kerana saya sudah alami kerugian yang sangat besar," jelasnya.

Sementara itu, Aliff berkata, dia bakal mengemukakan saman terhadap dua rakan kongsinya namun ia sedang dalam proses perbincangan bersama peguamnya, Hasshahari Johari Mawi.

Pada April 2020, dua rakan kongsi Aliff iaitu Iylia Nurdiyana Jasny dan Mohd Syazwan Roslan memfailkan saman terhadap usahawan berkenaan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian.

size NP 1 - 2024-07-02T163426.405

Aliff sedang berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman baharu kepada bekas rakan kongsinya.

Namun pada 11 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam iaitu Azman Ahmad memberi kemenangan kepada Aliff selaku defendan selepas plaintif gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap kes tersebut.

Selain semua tuntutan yang dikemukakan ditolak, kedua-dua plaintif turut diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM5,000 kepada defendan.

Susulan keputusan itu, Iylia dan Mohd Syazwan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Julai tahun sama.

Bagaimanapun pada pagi Selasa, Hakim Noor Hayati Mat menolak permohonan tersebut dan diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM5,000 kepada Aliff.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain