USAHAWAN sensasi Iqbal Zulkefli menyarankan Datuk Seri Aliff Syukri agar tidak meneruskan tindakan saman terhadap bekas pembantu peribadinya iaitu Melati. Ini kerana Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 30, berpendapat kemelut berpanjangan itu hanya akan memberikan kesan buruk kepada kedua-dua belah pihak di masa akan datang. Berkongsi pengalamannya sendiri, Iqbal yang pernah berkhidmat sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Vida memberitahu dia juga sebelum ini berjaya menyelesaikan permasalahan antara mereka secara baik tanpa melibatkan mahkamah. Iqbal harap Melati dan Aliff dalam selesaikan kemelut secara baik. "Saman-menyaman itu memenatkan. Saya dengan Vida kalau diikutkan masing-masing ada terasa hati, tetapi fikir suatu masa akan saling memerlukan. "Selagi boleh menjaga hubungan baik... banyak bersabar. Semoga semuanya baik-baik," katanya. Iqbal meninggalkan komen berkenaan pada hantaran di Instagram mStar berkaitan bekas pekerja Aliff iaitu Melati yang memohon diberikan ruang berdamai selepas usahawan itu membawa kes berkenaan ke mahkamah. ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa baru sekarang menggelupur? Shahida dah bagi peluang, persoal mana hilang peguam Melati ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas pembantu Aliff Syukri tak cukup duit cari peguam, harap bekas majikan sudi maaf Pandangan Iqbal itu turut mendapat pelbagai respon netizen sehingga ada yang menganggap dirinya masih menyimpan perasaan sayang terhadap Vida. Menafikan perkara tersebut, Iqbal sebaliknya mendedahkan banyak isu yang pernah berlaku membolehkan dia mengheret Vida ke mahkamah namun dirinya memilih untuk tidak berbuat demikian. "Jujur saya sudah tiada hati. Ini tiada kaitan dengan perasaan. Kalau bukan kes cinta pun banyak point yang boleh saya ambil untuk saman. "Apa yang saya mahu sampaikan adalah sepatutnya tidak perlu pun sampai tahap saman kalau perkara boleh selesaikan sebab buka kes ini amatlah rumit untuk hadap. Tambah lagi kalau kita tiada duit," ujarnya. Melati (kiri) berdepan hukuman penjara kerana menyebar fitnah tentang Aliff. Untuk rekod, Iqbal menamatkan perkhidmatan sebagai pembantu peribadi Vida pada 1 Jun 2019. Kisah mereka juga pernah menjadi perhatian ramai apabila kedua-dua dikatakan saling menyimpan perasaan sayang. Sementara itu, kes melibatkan Aliff dan Melati pula bermula pada 2021 apabila wanita berkenaan membuat didakwa berbaur fitnah di media sosial. Melati kemudian diarahkan membayar saman namun gagal berbuat demikian sehingga membuatkan Aliff memfailkan komital terhadapnya yang membolehkan wanita itu berdepan hukuman penjara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!