BEKAS pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida diarah melantik peguam dalam masa sebulan susulan permohonan prosiding komital yang difailkan pasangan usahawan itu terhadapnya. Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Nurul Husna Awang susulan Melati atau Melati Abdul Ghani, 47, hadir bagi pengurusan kes komitalnya pada Khamis tanpa ditemani peguam. Wanita itu terpaksa merayu kepada hakim untuk diberikan tempoh sebulan kerana tiada sumber kewangan yang mencukupi bagi mendapatkan khidmat guaman. Melati harap dapat berbaik dengan Aliff. "Disebabkan saya tiada peguam hari ini, saya merayu dengan hakim beri tempoh sebulan untuk mencari peguam. "Saya cakap pada peguam plaintif, kalau boleh tak nak panjangkan isu ini, saya cuma nak hidup tenang. Kes ni membuatkan saya sangat tertekan. "Saya bukannya orang kaya nak upah peguam sampai makan ribuan ringgit, saya tak mampu," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Melati doa Aliff Syukri batal hasrat heretnya ke penjara, sudah tiada wang upah peguam - "Semoga niatnya tak tercapai" ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pembantu degil dan ego tinggi, Aliff Syukri pernah bagi peluang selesai cara baik - "Baru kau nak ingat Allah?" Melati ditemui sejurus selesai pengurusan kes komitalnya Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Khamis. Menyedari nombor telefonnya disekat oleh Shahida, Melati berharap bekas majikannya itu sudi memaafkan kesalahannya sebelum ini. "Apa yang berlaku merupakan pengajaran untuk kita, sampai bila kita nak bergaduh dan memanjangkan perkara ini? Kalau kes mahkamah ni diteruskan sampai bila-bila masalah kita takkan selesai Melati Abdul Ghani "Tak bolehkah kita hidup aman damai seperti biasa? Saya hanya manusia biasa yang tak lari daripada kesalahan. "Kalau boleh kita lupakan perkara ini dengan kita buat hal masing-masing. Kalau kes mahkamah ni diteruskan sampai bila-bila masalah kita takkan selesai," ujarnya. Sementara itu, peguam mewakili Shahida iaitu Hasshahari Johari Mawi berkata dia diarahkan oleh anak guamnya untuk memfailkan kes berkenaan selepas pihak defendan melanggar perintah mahkamah. "Kami diarahkan untuk memfailkan permohonan komital yang berkaitan dengan penghinaan mahkamah. Ada satu insiden yang berkaitan dengan pematuhan perintah mahkamah tersebut yang dilanggar secara langsung dan disahkan oleh Shahida sendiri. Peguam mewakili Shahida hadir ke mahkamah. "Antaranya tindakan untuk memohon maaf secara terbuka dan beberapa terma lain yang berkaitan dengan kos dalam prosiding sebelum ini. "Sebelum permohonan komital difailkan, tidak ada satu pun terma-terma tersebut dipatuhi dan kerana itu pihak kami memfailkan kes ini," jelasnya. Tambah Hashahari, jika Melati didapati bersalah dia boleh dikenakan penjara atau didenda mengikut tempoh serta jumlah yang ditetapkan oleh mahkamah. Mahkamah menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan. Menerusi laporan mStar pada Isnin, Hasshahari memaklumkan perintah ex-parte untuk mengkomitkan Melati ke penjara sudah diberikan kepadanya. Kes saman fitnah melibatkan Melati dan bekas majikannya bermula pada 2021 sebelum mahkamah memberi kemenangan kepada pihak Aliff pada Oktober 2023. Susulan keputusan itu, pada 29 Mei lalu Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube