suria

Hafidz Roshdi minta bekas isteri tunjuk bukti sebarkan dokumen mahkamah, tuduhan Shuhada mahu tutup periuk nasi

Hafidz tidak pernah menyebarkan sebarang dokumen mahkamah kepada umum.

PELAKON Hafidz Roshdi meminta bekas isterinya, Nurul Shuhada memberikan bukti terhadap tuduhan mengatakan dia menyebarkan dokumen mahkamah berkaitan kes mereka di media sosial.

Kata Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, tuduhan dibuat Shuhada itu adalah palsu dan dia sama sekali tidak pernah terfikir melakukan perkara tersebut.

"Saya minta Shuhada kemukakan bukti saya sebarkan dokumen mahkamah. Jangan reka-reka cerita, jangan tuduh, fitnah saya. Saya mahu dia kemukakan bukti. Mana buktinya?

Hafidz 1 (1)

Hafidz minta Shuhada supaya tidak mereka-reka cerita.

"Saya tidak tahu apa yang dia dimaksudkan saya sebarkan dokumen mahkamah. Tiada bukti saya buat benda itu. Mungkin dia ada baca dekat mana-mana orang cakap fasal dia, itu orang lain cakap, bukan saya.

"Saya memang tidak pernah terfikir nak sebarkan apa-apa, saya pun tidak mahu ada ada hubung kait dengan dia lagi," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Malah kata aktor itu, dakwaan dia mengakui menyebarkan dokumen mahkamah dan diminta oleh pihak polis untuk menurunkan hantaran berkaitan juga adalah palsu.

Jelasnya, pihak polis hanya meminta dia menurunkan hantaran yang dibuatnya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada lancar perang! Dedah perbualan lucah Hafidz Roshdi

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi mengaku sebar dokumen mahkamah, Shuhada buat laporan polis

"Benda itu sebenarnya tiada pengakuan pun. saya tidak mengaku pun (kepada polis) saya sebarkan. Polis telefon adalah untuk turunkan semua benda mengenai dia sahaja.

"Contohnya yang saya muat naik fasal ceramah Ustaz Azhar, pasal jangan sebarkan aib. Itu sahaja yang saya padam," ujarnya.

Hafidz turut meluahkan tindakan Shuhada melakukan pelbagai dakwaan berkenaan dirinya merupakan sabotaj dan cara menutup periuk nasinya.

Saya memang tidak pernah terfikir nak sebarkan apa-apa.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

"Saya rasa dia buat itu untuk tutup periuk nasi. Benda ini berlaku bila saya beritahu media yang saya sudah dapat tawaran berlakon. Dan kemudian esoknya dia keluarkan cerita fasal saya.

"Saya rasa pendedahan ini adalah sabotaj dan cara untuk menjatuhkan saya," ujarnya.

Dalam masa sama, Hafidz berkata dia juga sudah membuat satu laporan polis supaya bekas isterinya itu tidak terus menyebarkan fitnah terhadapnya.

Jelasnya, laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pagi Rabu.

Hafidz 2

Hafidz kini bahagia dengan isterinya, Athira.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, tampil membuat laporan polis selepas mendakwa aktor berkenaan mendedahkan dokumen mahkamah berkaitan kes mereka di media sosial.

Menurut Shuhada, dia mengambil tindakan itu susulan perkongsian tersebut turut membabitkan maruah keluarga yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Hafidz dan Shuhada saling berbalas kenyataan termasuk isu nafkah anak yang dikatakan tidak berjalan secara baik.

Malah Shuhada juga secara terbuka mendedahkan perbualan lucah antara Hafidz dengan seorang wanita di Instagram miliknya.

Shuhada juga memberi amaran kepada Hafidz agar tidak mengulangi perbuatan tersebut dan terus menyelesaikan isu antara mereka hanya di mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain