suria

Aliff Syukri menang saman fitnah, mahu heret bekas pembantu peribadi ke penjara

Aliff mahu heret Melati ke penjara selepas memfitnah dia dan isterinya.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur menang saman fitnah yang difailkan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida terhadap bekas pembantu peribadi mereka iaitu Melati Abdul Ghani.

Memandang serius kesan fitnah berkenaan, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, memberitahu dia bakal memfailkan satu saman baharu terhadap pihak-pihak yang memfitnahnya selama ini.

"Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya. Bukan seorang, bukan dua orang tetapi ramai pihak cuba nak kenakan saya.

size NP 1 - 2024-06-24T174335.910

Aliff tetap mahu Melati dikenakan hukuman penjara.

"Konon nak saman saya tetapi berbalik kepada muka mereka semula. Ingat saya sudah menang dan saya akan saman balik!” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Isnin.

Dalam pada itu, Aliff berkata pihaknya akan memulakan proses saman terhadap bekas pekerjanya itu dengan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM500,000.

"Tunggu surat saman dari saya, bukan RM5,000 atau RM10,000 tetapi lebih setengah juta saya akan tuntut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu Peribadi Jelaskan Bukan Nak Ampu Aliff Syukri

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri minta dibicarakan, mengaku tak bersalah muat naik video sumbang di Instagram

"Hakim maha adil serta bijaksana. Alhamdulillah kemenangan di pihak saya," jelasnya.

Sementara itu, peguam mewakili Aliff dan Shahida iaitu Hasshahari Johari Mawi daripada tetuan Hasshahari & Partners memaklumkan kes anak guamnya itu akan bersambung pada Jumaat ini.

Tindakan susulan itu dilakukan kerana mahu memberikan pengajaran kepada Melati dan berharap wanita itu menerima hukuman setimpal.

553 (5)

Melati pernah menjadi pembantu peribadi buat Aliff dan Shahida.

"Kami akan teruskan tindakan penghinaan perintah mahkamah oleh Melati dan akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam ini secara fizikal pada Jumaat ini.

"Perintah ex parte untuk mengkomitkan Melati ke penjara sudah diberikan," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, pada 29 Mei lalu, Melati atau dikenali sebagai Mel, 47, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain