suria

Ruhainies hilang sabar, bengang individu fitnah dan sebar kad digital majlis pertunangannya dengan Aliff Aziz

Ruhainies dan Aliff difitnah bakal mengikat tali pertunangan.

PELAKON Ruhainies meluahkan rasa bengang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mencipta fitnah dengan menyebarkan kad jemputan kononnya dia bakal melangsungkan pertunangan dengan aktor Aliff Aziz.

Bimbang perkara itu menimbulkan kekeliruan banyak pihak, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Illyas, 31, berkata dia perlu bersuara kerana tidak mahu fitnah itu terus tersebar di media sosial.

"Kepada page ini, saya akan pastikan anda menerima balasan atas tindakan yang dilakukan. Pengajaran untuk syarikat lain juga yang tidak bertanggungjawab selama ini dalam mereka cerita naikkan followers dan viewers.

"Saya sudah lama sangat berdiam. Kepada pengguna Instagram yang saya hormati, bijaklah menilai dan jangan cepat percaya apa yang dipaparkan di media sosial.

Ruhainies memberi amaran kepada akaun IG yang menyebarkan fitnah.

Ruhainies memberi amaran kepada akaun IG yang menyebarkan fitnah.

"Fitnah sudah jadi kebiasaan untuk golongan seperti mereka. Dunia ini sudah terlalu tenat," katanya.

Ruhainies berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Isnin.

Dalam pada itu, pelakon drama Terjerat ini juga memohon kepada pengikutnya di media sosial untuk berkongsi informasi sekiranya sekali lagi menjumpai individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah.

Malah, dia memohon pengikutnya membantu membuat laporan terhadap halaman media sosial yang menyebarkan fitnah tentang perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kahwinkan Aliff Aziz dan Ruhainies di Thailand, ibu minta henti sebar fitnah - "Usah jadi orang suruhan..."

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu halang kalau ketentuan Allah, ibu terima jika Ruhainies jodoh Aliff Aziz

"Saya mohon juga kepada pengikut saya untuk kongsikan kepada saya sekiranya terdapat mana-mana lagi manusia tidak bertanggungjawab dalam menabur fitnah.

"Sama-samalah kita bantu untuk ambil tindakan yang sewajarnya. Mungkin hari ini saya yang kena, hari lain orang yang anda sayang pula.

"Saya juga mohon untuk korang laporkan page IG dan TikTok mereka. Terima kasih dan semoga Allah membalas jasa baik semua," ujarnya.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah akaun Instagram memuat naik kad digital majlis pertunangan Ruhainies dan Aliff yang bertarikh 29 Jun 2024.

Menurut tinjauan mStar, kad digital majlis pertunangan pelakon tersebut sudah pun dipadam .

Sebelum itu, timbul gosip mendakwa kononnya ibu Aliff iaitu Siti Hafiza Basharahil bercadang mengahwinkan anaknya itu dengan Ruhainies di Thailand.

Hafiza bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyifatkan individu menyebar fitnah tersebut sebagai 'orang suruhan' dan perlu bertanggungjawab di akhirat kelak.

Susulan itu, Hafiza meminta mereka berhenti menabur fitnah atau menyebarkan spekulasi tidak benar tentang keluarganya.

Ruhanies menafikan dirinya bakal bertunang.

Ruhanies menafikan dirinya bakal bertunang.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

Ruhainies bagaimanapun membuat satu kenyataan di Instastory miliknya menjelaskan dia bukan ditangkap basah bersama Aliff seperti didakwa sesetengah pihak.

Kata Ruhainies, dakwaan salah terhadapnya boleh mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain