suria

Aliff Aziz dan Ruhainies muncul di mahkamah syariah berkait kes khalwat

Ruhainies dan Aliff hadir ke mahkamah bagi tangkap khalwat.

PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.40 pagi, Khamis.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

Menurut laporan HM, Jurucakap Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) memaklumkan kes tersebut ditangguh manakala sebutan kes dan pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai depan.

alip1 - 1

Ruhainies dan Aliff digandingkan bersama dalam drama Terjerat.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Datuk Mohd Ajib Ismail memberitahu kertas siasatan kes khalwat Aliff dan Ruhainies sudah pun dihantar kepada Japens untuk tindakan lanjut.

"Siasatan sudah selesai dan Jawi memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

"Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan insyaAllah sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontroversi khalwat pengajaran buat Ruhainies, diam sebab tak mahu bergaduh

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan kes khalwat Aliff dan Ruhainies selesai, tindakan lanjut bawah kuasa pendakwaan syariah

Sementara itu, sumber memaklumkan kedua-dua pelakon itu dibebaskan dengan jaminan mahkamah RM1,500 setiap seorang.

Usaha mStar mendapatkan kenyataan daripada Ruhainies masih belum berjaya kerana panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.

Ruhanies bagaimanapun membuat satu kenyataan di Instastory miliknya menjelaskan dia bukan ditangkap basah bersama Aliff seperti didakwa sesetengah pihak.

Kata Ruhainies, dakwaan salah terhadapnya boleh mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.

Aktres drama Terjerat itu memilih mendiamkan diri sekali gus meminta orang ramai tidak lagi mengeruhkan keadaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain