suria

Melati doa Aliff Syukri batal hasrat heretnya ke penjara, sudah tiada wang upah peguam - “Semoga niatnya tak tercapai”

Melati alami tekanan sehingga terpaksa mendapatkan terapi minda untuk kekal tenang.

BEKAS pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida berharap pasangan usahawan berkenaan membatalkan niat meneruskan saman mengkomitkan dia ke penjara.

Melati atau Melati Abdul Ghani, 47, berkata, disebabkan kes berkenaan yang bakal berlangsung pada Jumaat ini, dia sering menangis dan berasa tertekan sehingga mengalami masalah anxiety.

"Memang saya menangis dan rasa tertekan sampai sekarang. Saya harap dia tarik balik kes sebab tak mahu lagi kes ini berlarutan lebih lama.

"Sekarang pun saya sedang menjalani terapi kerana mengalami anxiety disebabkan saman fitnah tersebut.

size NP 1 - 2024-06-25T101630.465

Melati tiada duit untuk bayar peguam bagi pertahankannya di mahkamah.

"Saya pun sudah tak mahu lagi dikaitkan dengan dia (Aliff) lagi selepas ini," katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, peguam Aliff dan Shahida iaitu Hasshahari Johari Mawi memaklumkan perintah ex-parte untuk mengkomitkan Melati ke penjara sudah diberikan kepadanya.

Melati juga akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyan Shah Alam secara fizikal Jumaat ini.

Dalam pada itu, Melati memberitahu sudah tidak mempunyai wang untuk melantik peguam baharu bagi mempertahankan dia di mahkamah nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri menang saman fitnah, mahu heret bekas pembantu peribadi ke penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Pembantu Peribadi Jelaskan Bukan Nak Ampu Aliff Syukri

Melati memberitahu dia kini merupakan penanggung tunggal keluarganya selepas suaminya disahkan menghidap slip disc tahap lima.

"Memang saya sudah tidak ada wang untuk upah peguam. Saya sekarang kerja seorang diri menampung perbelanjaan keluarga.

"Suami saya tak boleh kerja sebab masalah slip disc tahap lima. Saya cuma mengharapkan pendapatan daripada mengasuh dan menjual makanan secara atas talian," jelasnya.

Tambah Melati, ketika ini dia cuma mampu berdoa dan meletakkan tawakal kepada Allah agar niat Aliff memenjarakan dia tidak tercapai.

size NP 1 (100)

Melati ketika masih bekerja dengan Aliff dan Shahida.

"Semoga niat dia nak penjarakan saya tak tercapai," ujarnya.

Kes saman fitnah melibatkan Melati dan bekas majikannya bermula pada 2021 sebelum mahkamah memberi kemenangan pada pihak Aliff pada Oktober 2023.

Susulan keputusan itu, pada 29 Mei lalu Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu.

Untuk rekod, Melati pernah berkhidmat sebagai pembantu peribadi pasangan usahawan itu selama empat tahun sebelum diberhentikan pada Julai 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain