PELAKON Hafidz Roshdi tidak pernah menghantar sebarang perbualan berbaur lucah seperti didedahkan bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada di Instagram. Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, sebaliknya menjelaskan isu tersebut juga sudah pun selesai apabila kedua-kedua pihak bersetuju tidak lagi menyebarkan aib sesiapa kepada khalayak ramai. "Benda (perbualan lucah) itu sudah selesai. Pihak saya dan dia sudah setuju untuk berdamai dan tidak lagi menyebarkan aib masing-masing (di media sosial). Mesej Hafidz yang didedahkan bekas isterinya. "Saya menafikan sebab saya tidak pernah ada perbualan seperti itu. Ia tidak berlaku antara saya dengan orang tersebut," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu. Tambah Hafidz, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya Shuhada masih menyebarkan aib dan melemparkan fitnah terhadapnya. "Kalau benda ini berlaku lagi, ada lagi sebarkan fitnah, aib, saya tidak teragak-agak nak ambil tindakan (undang-undang)," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi minta bekas isteri tunjuk bukti sebarkan dokumen mahkamah, tuduhan Shuhada mahu tutup periuk nasi ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada lancar perang! Dedah perbualan lucah Hafidz Roshdi Sebelum ini Shuhada mendedahkan perbualan lucah di antara Hafidz bersama seorang wanita dipercayai orang ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini. Shuhada memberitahu perbualan lucah yang berlaku sekitar Januari tahun lalu itu juga menjadi punca dia nekad memfailkan penceraian terhadap Hafidz. Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2023. Hafidz dan Shuhada sah bercerai pada 27 Julai 2023. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun. Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!