TINDAKAN pelakon Hafidz Roshdi menutup jumlah amaun bayaran nafkah anak-anak dalam satu perkongsian di Instagram membuktikan aktor itu tidak memberikan nafkah mencukupi untuk cahaya mata mereka. Menurut bekas isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, Hafidz juga menggabungkan bayaran untuk beberapa bulan dan bukannya memberikan nafkah seperti yang telah ditetapkan mahkamah. Meskipun hanya RM100 sebulan, Shuhada berkata dia tetap bertahan membesarkan dua anak iaitu Humairah dan Umarr. "Bab nafkah, saya nak tanya satu transaksi untuk tiga bulan. Kenapa tutup jumlah bayaran? Kenapa nak kena gabungkan bulan? "Lepas tu bayar satu kali sahaja? RM100 sahaja, setiap kali bayar RM100 sebab itu saya menggila, macam mana saya nak survive?" katanya kepada mStar. Hafidz sebelum ini menunjukkan bukti pembayaran nafkah. Shuhada berkata demikian bagi membalas kenyataan Hafidz yang menunjukkan bukti dia sudah memberikan nafkah kepada anak-anaknya setiap bulan. Dalam pada itu, Shuhada turut mendoakan agar Hafidz menerima balasan daripada Allah atas perbuatannya termasuklah menggelarkan dirinya seorang janda di media sosial. "Berkenaan kenyataan balas yang dibuat oleh Hafidz, saya cuma nak cakap di atas dunia ini kalau saya balas, hanya seguris sahaja dekat hati dia tetapi tiada gunanya. "Jadi saya serahkan segalanya kepada Allah untuk membalas semuanya. Semoga dia hidup bahagia. Terima kasih kerana jandakan saya dan letak muka saya jadi anjing," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi minta bekas isteri tunjuk bukti sebarkan dokumen mahkamah, tuduhan Shuhada mahu tutup periuk nasi ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada lancar perang! Dedah perbualan lucah Hafidz Roshdi Sebelum ini, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, memuat naik semula hantaran artikel mStar dengan menutup nama Shuhada dan ditulis sebagai janda pemfitnah dan penipu. Bukan itu sahaja, pelakon drama Ku Punya Hati ini turut menutup foto wajah Shuhada dan menggantikannya dengan emoji binatang (anjing). Menerusi perkongsian itu juga, Hafiz meminta bekas isterinya itu mengemukakan bukti atas dakwaan dia menyebarkan dokumen mahkamah dan menyifatkan Shuhada telah menutup pintu rezekinya. Menerusi temu bual mStar pada Rabu, Hafidz memaklumkan dia sudah membuat laporan polis supaya bekas isterinya itu tidak terus menyebarkan fitnah terhadap dirinya. Setiap kali bayar RM100 sebab itu saya menggila, macam mana saya nak survive? NURUL SHUHADA MAT SHUKRI BEKAS ISTERI HAFIDZ ROSHDI Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor pada pagi Rabu. Sementara itu, Shuhada pula tampil membuat laporan polis selepas mendakwa aktor berkenaan mendedahkan dokumen mahkamah berkaitan kes mereka di media sosial. Menurut Shuhada, dia mengambil tindakan itu susulan perkongsian tersebut turut membabitkan maruah keluarga yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum. Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Hafidz dan Shuhada saling berbalas kenyataan termasuk isu nafkah anak yang dikatakan tidak berjalan secara baik. Hafidz menggelarkan Shuhada (kanan) sebagai 'janda'. Malah Shuhada juga secara terbuka mendedahkan perbualan lucah antara Hafidz dengan seorang wanita di Instagram miliknya. Shuhada hanya memberi amaran kepada Hafidz agar tidak mengulangi perbuatan tersebut dan terus menyelesaikan isu antara mereka hanya di mahkamah. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikamn rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umarr, 4 tahun. Hafidz kemudiannya bernikah dengan wanita pilihannya iaitu Atira Yuhada pada 15 Disember tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!