suria

Kenapa baru sekarang menggelupur? Shahida dah bagi peluang, persoal mana hilang peguam Melati

Shahida meragui kenyataan Melati (kiri) yang tidak diwakili peguam.

USAHAWAN Datin Seri Nur Shahida tampil membalas kenyataan bekas pembantu iaitu Melati yang mendakwa tidak memiliki sumber kewangan kukuh bagi melantik peguam susulan permohonan prosiding komital yang difailkan terhadapnya.

Meragui kenyataan yang dibuat oleh Melati itu, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini memberitahu wanita berkenaan pernah diwakili peguam ketika berdepan kes saman fitnah sebelum ini.

"Lepas dah kalah kes peguam pun hilang. Masa bicara kes dia ada peguam dan bukan calang-calang orangnya.

shahida 2

Shahida pernah memberi ruang buat Melati.

"Saya tak pasti mana perginya peguam dia dan kenapa hari ini (Khamis) dia tidak diwakili," katanya.

Shahida berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya selepas Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor memberi tempoh sebulan bagi Melati melantik peguam.

Dia sebelum itu hadir di mahkamah bagi prosiding komital yang difailkan oleh Shahida dan juga suaminya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas pembantu Aliff Syukri tak cukup duit cari peguam, harap bekas majikan sudi maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Melati doa Aliff Syukri batal hasrat heretnya ke penjara, sudah tiada wang upah peguam - “Semoga niatnya tak tercapai”

Dalam masa sama, Shahida juga menegaskan pihaknya telah memberi ruang buat Melati untuk mengadakan perbincangan berhubung kes fitnah sebelum ini.

"Ini bukan isu tiada pertimbangan. Saya pernah mesej peribadi bertanya kenapa dia buat begitu namun tiada respon.

"Masa dah dapat keputusan mahkamah dan dia diminta mohon maaf pun dia tidak buat. Lepas tindakan penjara kenapa baru menggelupur," ujarnya.

melati 1

Melati mohon pertimbangan Aliff untuk selesai kes di luar mahkamah.

Terdahulu, Melati ketika ditemu bual mStar berharap agar kes berkenaan dapat diselesaikan antara mereka tanpa melibatkan mahkamah.

Dalam perkembangan lain, mahkamah menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Kes saman fitnah melibatkan Melati dan bekas majikannya bermula pada 2021 sebelum mahkamah memberi kemenangan kepada pihak Aliff pada Oktober 2023.

Susulan keputusan itu, pada 29 Mei lalu Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain