suria

“Malu tengok”... Netizen kecewa Neelofa promosi produk wanita guna foto ‘double meaning’, persoal imej muslimah

Iklan promosi produk batin milik Neelofa menerima kecaman netizen.

TINDAKAN pengacara dan usahawan Neelofa mempromosikan produk kesihatan wanita di laman Instagram mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi akaun Instagram Nilofa Group, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, dilihat giat mempromosikan produk minuman kesihatan khusus buat isteri.

Bagaimanapun ia menerima kritikan netizen kerana foto pada iklan berkenaan didakwa mempunyai maksud tersirat (double meaning) dan berbaur lucah.

Netizen kurang senang melihat teknik pemasaran yang digunakan oleh team pengurusan Neelofa.

Netizen kurang senang melihat teknik pemasaran yang digunakan oleh team pengurusan Neelofa.

Perkongsian foto itu dilihat seperti tidak menjaga sensitiviti masyarakat yang diketahui menganggap isu bahagian sulit sebagai tabu dan tidak boleh dibincangkan secara terbuka.

Malah, tindakan akaun tersebut memuat naik iklan berkenaan juga dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah.

Justeru itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa melihat iklan promosi berkenaan dan mempersoalkan tidak Neelofa menggunakan teknik pemasaran sedemikian.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak cukup masa punca pendengar salah faham respons kepada 'caller', Neelofa kata isu ibu bapa topik besar

ARTIKEL BERKAITAN: Titip ucapan manis sempena hari jadi, Neelofa insan hebat terpahat di hati PU Riz

"Kena guna gambar macam ni ke? Malu tengok. Boleh guna pendekatan lain kot sebagai peniaga Muslimah perlu lebih sensitif tentang isu ini.

"Foto ini sangat menganggu, macam mana Neelofa figura berpurdah boleh luluskan marketing seperti ini?" tulis netizen.

Dalam pada itu, netizen turut menyerang Instagram milik Neelofa dan suami iaitu Haris Ismail untuk mendapatkan kenyataan daripada mereka.

Bagaimanapun sehingga kini usahawan tersebut masih lagi tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain