suria

Aliff Aziz, Ruhainies tenang hadir mahkamah kes khalwat, minta doa dipermudah urusan

Aliff dan Ruhainies mohon perbicaraan kes khalwat mereka dipermudahkan.

PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat tiba bersama di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu bagi prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka.

Tenang bertemu media sebelum masuk ke bilik perbicaraan, Aliff berharap kes melibatkan mereka berjalan lancar.

"Doakan semua berjalan lancar. Kita tunggu sahaja selepas perbicaraan.

alip1 - 1

Aliff dan Ruhainies hadir bersama di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Terima kasih kepada rakan media yang sudi hadir. Minta doa yang baik-baik," katanya ringkas.

Pelakon ini juga dilihat tenang dan tidak mengelak bertemu media seperti mana perbicaraan kes cerai sebelum ini bersama bekas isteri, Bella Astillah.

Sementara itu, Ruhainies juga turut meluahkan perkara sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies muncul di mahkamah syariah berkait kes khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kahwinkan Aliff Aziz dan Ruhainies di Thailand, ibu minta henti sebar fitnah - "Usah jadi orang suruhan..."

"Terima kasih kerana sudi datang. Doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.

Terima kasih kepada rakan media yang sudi hadir. Minta doa yang baik-baik.

RUHAINIES

PELAKON

Kedua-dua mereka diwakili peguam sama iaitu Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bon jaminan berkenaan kes khalwat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain