suria

[V] Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu.

Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

"Saya faham dengan pertuduhan. Saya mengaku tidak bersalah," kata Aliff.

alip2 - 1

Ruhainies (kiri) dan Aliff ditangkap khalwat pada Mac lalu.

Sementara itu, Ruhainies turut membuat pengakuan sama di hadapan hakim selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

"Saya faham. Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan," ujarnya.

Pendakwaan dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Ruhainies tenang hadir mahkamah kes khalwat, minta doa dipermudah urusan

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff dan Ruhainies hadir mahkamah bagi sebutan pertama kes khalwat... Ini penjelasan peguam

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Ruhainies dan Aliff tiba dimahkamah bersama wakil peguam masing-masing.

Ruhainies dan Aliff tiba dimahkamah bersama wakil peguam masing-masing.

Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Pada 20 Jun lalu, mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bon jaminan berkenaan kes khalwat.

Perbicaraan ditangguhkan pada 17 Oktober depan dan bon jaminan untuk kedua-duanya juga dilanjutkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain