suria

[V] Datang mahkamah berasingan, Ruhainies senyum lebar teruja jumpa rakan media - “Saya tak pandai berlakon, menangis depan kamera”

DIKECAM netizen kerana hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar, pelakon Ruhainies menyangkal dakwaan dia tidak sensitif atau terkesan dengan apa yang sedang berlaku.

Sebaliknya, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata dia gembira kerana akhirnya dapat bertemu rakan media selepas lama tidak berjumpa.

"Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalian semua.

Untitled-2

Ruhainies dan Aliff sebelum ini bekerjasama menerusi drama Terjerat.

"Saya bersyukur sebab kalian sudi datang awal pagi untuk prosiding hari ini.

"Mengenai itu (senyum), takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz, Ruhainies tenang hadir mahkamah kes khalwat, minta doa dipermudah urusan

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak bermusuh, Aliff Aziz dan Ruhainies masih berhubung seperti biasa

Ruhainies menjawab komen netizen itu ketika ditemui selepas perbicaraan kes khalwat membabitkan dirinya dengan Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Ruhainies turut menafikan dia dan Aliff hadir ke mahkamah bersama-sama.

"Eh kami bukan datang bersama. Kami datang asing cuma waktu masuk mahkamah sahaja sama dan kami parkir berdekatan," ujarnya.

Untuk info, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang berlaku di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain