suria

[V] “Makcik minta maaf pun tak ikhlas!” - Aliff Syukri jijik tengok video Melati, dah kalah pandai pula menangis

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memilih untuk tidak memaafkan bekas pembantu peribadinya iaitu Melati dan nekad mahu mengheret wanita itu ke penjara atas fitnah yang dilakukan.

Ini kerana Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata dia tidak nampak keikhlasan Melati dalam membuat permohonan maaf sebelum ini, malah merasakan tangisan wanita itu semasa mahkamah tempoh hari hanyalah lakonan semata-mata.

"Dia bercakap tentang saya, keluarga dan keturunan saya. Perkara itu buatkan perniagaan saya jatuh sehingga rugi jutaan ringgit.

size NP 1 - 2024-07-05T115508.763

Aliff tetap dengan pendirian tidak maafkan Melati.

"Lepas itu minta nak berbaik, mak cik minta maaf pun tak ikhlas! Tengok balik video tu, saya tengok pun jijik!

"Ni masalah mulut yang tak reti jaga sehingga heret perkara itu ke mahkamah, tapi sebelum diisytiharkan kalah dia mega melawan! Apabila dah kalah pandai pula menangis," katanya kepada mStar.

Aliff meluahkan perkara itu ketika ditemui di Wisma D'Herbs, Kota Damansara, Selangor pada Khamis.

Menurut Aliff lagi, dia kecewa dengan sikap Melati atau Melati Abdul Ghani, 47, yang membuka aibnya selepas berhenti kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bekas pembantu Aliff Syukri tak cukup duit cari peguam, harap bekas majikan sudi maaf

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa baru sekarang menggelupur? Shahida dah bagi peluang, persoal mana hilang peguam Melati

"Pekerja saya bukan seorang atau dua tapi 1000 orang yang masuk dan berhenti. Syarikat besar yang lain pun ada pekerja berhenti.

"Kau dah berhenti tu sudahlah! Tak perlu nak burukkan bekas majikan, kau dah kerja dengan aku enam tahun, aku bagi kau zakat, pergi London dan tunaikan umrah.

"Pepatah Melayu ada berkata, jangan kita kutuk dan ludah pada makanan sendiri, saya ni malu bila dia aibkan saya, " jelasnya.

2771999

Tidak menjaga percakapan punca Aliff bengang dengan Melati.

Pada 27 Jun lalu, Melati ketika ditemu bual mStar berharap agar kes berkenaan dapat diselesaikan antara mereka tanpa melibatkan mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Kes saman fitnah melibatkan Melati dan bekas majikannya bermula pada tahun 2021 sebelum mahkamah memberi kemenangan kepada isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid pada Oktober 2023.

Susulan keputusan itu, pada 29 Mei lalu Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain