SUSULAN berita mengenai seorang pelakon lelaki didakwa menumbuk wajah kekasihnya, nama Ammar Alfian antara dipetik sebagai individu dimaksudkan. Tampil menjawab tuduhan tersebut, Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 37, menyangkal itu adalah dirinya. “Bukan aku,” katanya. Ammar membalas dakwaan netizen. Ammar menyangkal perkara tersebut dalam ruangan komen di Instagram mStar yang turut melaporkan berita berkenaan. Dalam masa sama, pelakon berkenaan juga menganggap tuduhan tersebut sebagai keterlaluan hanya kerana dia sering membawa watak antagonis dalam drama serta filem lakonannya. Malah Ammar secara sinikal meminta produser agar memberikannya lebih banyak tawaran watak berbeza. ARTIKEL BERKAITAN: Selisih faham 4 pagi, aktor popular didakwa tumbuk mata teman wanita ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Ammar Alfian berjaya khatam al-Quran kali ketiga, lebih tenang dapat 'bercakap' dengan Allah “Tahulah muka aku jahat. Lepas ni produser tolong beri watak ustaz. Aku nak babak solat dan menangis dalam masjid,”ujarnya. Sejak pagi Isnin, berita tentang seorang wanita dipukul seorang pelakon yang juga kekasihnya menjadi bualan ramai. Susulan itu, nama Ammar disebut-sebut sebagai pelakon dimaksudkan daripada beberapa petunjuk diberikan seperti umur dan berbadan sasa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!