suria

Pelakon lelaki didakwa pukul kekasih gagal dikesan, waran tangkap mungkin dikeluarkan

Polis masih menjejaki pelakon yang didakwa pukul kekasih.

PELAKON lelaki yang didakwa memukul kekasih pada 7 Julai lalu gagal dikesan pihak polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar memaklumkan pihaknya sudah menghubungi pelakon berkenaan melalui aplikasi WhatsApp namun tidak berbalas.

Menurut Shahrulnizam, waran tangkap bakal dikeluarkan sekiranya individu yang didakwa masih tidak memberi sebarang maklum balas.

"Jika selepas penyampaian Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) disempurnakan dan subjek masih gagal mematuhi untuk hadir mengikut tarikh dan masa yang ditentukan, kita akan memohon waran tangkap melalui mahkamah," katanya.

Pelakon itu dihubungi selepas permohonan untuk mendapatkan Perintah Untuk Siasatan (OTI) terhadap suspek yang dikemukakan telah dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Dalam masa sama pihak polis juga telah merakam keterangan kakak mangsa sebagai saksi selain menunggu laporan perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selisih faham 4 pagi, aktor popular didakwa tumbuk mata teman wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pelakon tumbuk kekasih, Ammar Alfian bersuara bukan dirinya - “Tahulah muka aku jahat...”

Terdahulu pelakon lelaki popular berusia 37 tahun didakwa memukul teman wanitanya dalam satu kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Ahad.

Shahrulnizam ketika itu berkata, mangsa memaklumkan dia dihubungi suspek yang meminta untuk datang berjumpa dengannya di Ara Damasara sekitar pukul 4 pagi sebelum dikasari aktor berkenaan.

Beliau juga memberitahu mangsa berusia 25 tahun sebelum itu keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek susulan berlaku salah faham di antara mereka.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain