suria

Tiada paksaan atau provokasi, bekas isteri tarik balik kes pukul terhadap Hafidz Roshdi

Hafidz gembira dengan keputusan yang diterimanya.

BEKAS isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada membuat kejutan apabila menarik semula kes pukul terhadap aktor berkenaan pada 6 Julai lalu.

Peguam mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu kedua-dua belah pihak sudah pun menyelesaikan kes berkenaan secara baik.

Malah jelas Akberdin, tiada unsur paksaan atau provokasi dibuat bagi menarik balik kes yang dibuat bekas isteri pelakon tersebut.

Untitled design (16)

Akberdin mewakili Hafidz untuk kes pukul aktor berkenaan.

“Pihak-pihak sudah menyelesaikan secara baik, jadi disebabkan itu kedua pihak sudah bersetuju untuk selesai masalah mereka secara baik dan Nurul Shuhada juga akan tarik balik laporan.

“Tiada (untuk provokasi atau ugutan), mereka sidah selesai semua isu berkenaan rumah tangga secara baik. Semua isu berkenaan rumah tangga mereka sudah selesai.

“Tiada elemen paksaan atau ugutan. Laporan yang dibuat (Nurul Shuhada) adalah ekoran daripada penyelsaiaan telah dicapai, jadi sebab itu dia buat laporan tarik kes dan dia cakap tanpa paksaan dan dibuat dengan sukarela,” katanya kepada pemberita.

Akberdin menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes berkenaan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada pagi Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi nampak ceria, isteri hadir beri sokongan sebutan kes pukul Shuhada

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi minta bekas isteri tunjuk bukti sebarkan dokumen mahkamah, tuduhan Shuhada mahu tutup periuk nasi

Susulan itu, mahkamah menetapkan 2 Ogos depan bagi mendengar semula laporan berhubung penarikan kes tersebut selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan merujuk kepada pengarah Pendakwaan Negeri Selangor.

Majistret Siti Fatimah Talib membenarkan pemintaan pihak pendakwaan untuk mendapatkan tempoh lanjutan selama dua minggu bagi mendapatkan kenyataan tambahan daripada Shuhada berhubung penarikan kes.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, bagaimanapun tidak hadir pada sebutan kes tersebut.

Dalam pada itu, Akberdin menjelaskan pihaknya sudah meneliti laporan penarikan berkenaan yang menyatakan ia dilakukan secara suka rela dan tanpa paksaan.

Saya rasa tunggu sampai 2 Ogos baru boleh terangkan semua sekali.

DATUK AKBERDIN ABDUL KADER

PEGUAM

"Oleh kerana prosedur pendakwaan perlu pastikan kandungan laporan itu, mereka akan ambil kenyataan tambahan daripada pengadu jadi perlukan masa. Disebabkan itu hakim bersetuju dan bagi tempoh dua minggu.

"Ini peringkat daerah, jadi akan rujuk kepada pengarah Pendakwaan Negeri Selangor. Mereka akan teliti laporan dan arahkan pegawai penyiasat ambil percakapan untuk lihat ada tak apa-apa bentuk ugutan.

"Jadi selepas itu kalau sudah berpuas hati mereka akan tarik balik," katanya.

Akberdin turut memberitahu anak guamnya itu akan menjelaskan semuanya selepas 2 Ogos mengenai semua perkara yang berkait dengan Hafidz.

WhatsApp Image 2024-07-12 at 09.31.40

Hafidz tenang ditemani isteri dan ibu ketika hadir ke mahkamah.

“Saya rasa tunggu sampai 2 Ogos baru boleh terangkan semua sekali, biarkan pihak pendakwaan berpuas hati dengan laporan itu.

“Apabila sudah diselesaikan dengan baik, baru kita akan terangkan sebab kes sekarang masih berjalan,” katanya.

Akberdin turut memaklumkan Nurul Shuhada tidak dapat hadirkan diri atas faktor kesihatan.

Pada 13 Mac tahun lalu, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri isterinya (ketika kejadian) sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, di sini.

2611774

Kemelut Hafidz dan Shuhada semakin berakhir.

Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, (ketika kejadian) sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pukul 3.22 pagi pada 2 Mac tahun lalu (2023).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.

Hafidz kemudian dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Untitled design (18)

Hafidz sebelum ini pernah menjalani pemeriksaan psikiatri.

Sebelum ini, mahkamah sama diberitahu, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan yang didakwa ke atasnya layak dibicarakan.

Pada 29 Mac tahun lalu, Hafidz telah ke Hospital Bahagia untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sebagaimana yang diperintahkan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3 tahun.

Pasangan itu bagaimanapun sah bercerai pada Julai tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain