suria

Dua tahun tiada pekerjaan sejak hilang penglihatan, Iqbal Mazlan syukur akhirnya dapat ‘job’ mengarah drama

SETELAH hampir dua tahun tidak menerima sebarang tawaran lakonan, akhirnya pelakon Iqbal Mazlan menarik nafas lega apabila ditawarkan pekerjaan oleh syarikat produksi MXB untuk mengarahkan sebuah drama pendek.

Iqbal atau Muhammad Iqbal Mazlan, 35, berkata meskipun keadaan penglihatan masih belum sempurna namun itu bukanlah penghalang buatnya untuk mengarah drama pendek berdurasi dua minit itu.

“Alhamdulilah lama saya nantikan ini, dah lama saya nak kerja tapi akhirnya dapat juga apabila saya diberikan peluang untuk mengarah drama siri pendek pertama di Malaysia yang akan dirakamkan secara besar-besaran.

“Saya tahu mesti ramai yang akan pelik macam mana pengarah buta ni nak mengarahkan tapi Alhamdulilah saya akan dibantu nanti oleh pembantu pengarah iaitu Aida Othman jadi dia akan menjadi bantu saya untuk lihat sepenuhnya,” kata Iqbal kepada mStar.

Dalam pada itu, Iqbal turut memberitahu dia tidak berkecil hati apabila ada segelintir pihak berasa ragu-ragu dengan status penglihatannya sehingga mendakwa dia berpura-pura buta demi meraih simpati orang ramai.

“Saya tahu dan faham ramai yang keliru lihat Iqbal sebab badan nampak sihat tapi saya langsung tak kecil hati tapi risau orang anggap ambil kesempatan saja, orang nak cakap biar saja la sebab saya memang tak nampak bukan buat-buat buta,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi