suria

Burasak penyatu hubungan dengan isteri, masakan buat Ben Ladin jatuh hati

HAMPIR seminggu mendiamkan diri mengenai berita perkahwinannya, penyanyi Ben Ladin tidak mempunyai niat merahsiakan hari bahagianya dengan peminat.

Ben atau Muhammad Benladen Munshi Shaihan, 23, berkata, perkahwinan yang berlangsung di Sarawak itu hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat dan memang diadakan penuh privasi.

Kata Ben, dia bukan tidak mahu berkongsi perkara itu dengan peminat di Instagram sebaliknya sedang menanti gambar daripada jurugambar.

"Kisahnya gambar perkahwinan kami masih belum dapat. Itu sahaja sebab saya tidak war-warkan berita perkahwinan saya dan tiada sebarang hantaran di media sosial," katanya kepada mStar.

Bercerita mengenai isterinya dikenali sebagai Ana Shida, Ben memberitahu dia tertarik dengan peribadinya yang baik dan lucu, suka tolong menolong selain pandai memasak.

Kata Ben, mereka mula berkawan sejak dua tahun lalu dan hubungan mereka mula rapat apabila dia menghantar makanan tradisi masyarakat Bugis iaitu burasak pada sambutan hari raya kepada Ana.

"Boleh dikatakan burasak menyatukan kami selepas dua tahun berkenalan.

"Ketika membuat video siaran langsung Ana memberitahu dia teringin nak makan burasak pada hari raya. Jadi saya cuba dapatkan dan kemudian saya minta nombor telefonnya," katanya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi