suria

Anggap persahabatan macam jodoh, ada kawan-kawan Amylea ‘lesap’ selepas berkahwin

SEJAK bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Mohammad Aqbar, penyanyi Amylea Azizan mendedahkan beberapa sahabat karibnya tiba-tiba menghilangkan diri.

Tidak terasa hati dengan perkara itu, Amylea, 37, sebaliknya menganggap perkara itu sebagai perkara biasa yang akan dilalui oleh setiap orang.

"Dalam kehidupan ini tiada siapa terlepas daripada dikhianati. Kita kena lalui benda itu.

"Saya anggap kawan ini macam jodoh, apabila mereka sudah tawar hati, mereka akan berlalu pergi. Bagi saya, berpisah itu adalah normal.

"Persahabatan yang tidak panjang ini maksudnya Tuhan hendak tunjuk mungkin saya ini tiada baik untuk mereka," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Amylea berkata, segelintir rakan-rakannya mungkin menjauhkan diri kerana sukar menerima kenyataan dia sudah mempunyai suami.

Pun begitu, Amylea menyangkal dakwaan mereka bertindak demikian kerana berasa cemburu.

"Mereka yang menjauhkan diri itu ada lelaki dan perempuan. Soal cemburu tidak rasanya. Saya ini bukannya jenis ‘flirty’, saya tidak ada skandal sana sini,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi