suria

[V] Banyak luang masa bersama keluarga di Singapura, Aliff Aziz sedih ibu jadi sasaran netizen

PELAKON Aliff Aziz meluahkan rasa sedih apabila ibunya iaitu Siti Hafiza menjadi sasaran kecaman netizen di media sosial gara-gara kontroversi membabitkan dirinya dengan Ruhainies.

Kecewa membaca komen ditulis netizen itu, Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, menasihati pengguna media sosial supaya sentiasa menjaga tutur kata dalam melemparkan sesuatu pandangan.

"Kekurangan pada saya ialah meletakkan ibu dalam posisi begini. Mestilah sebagai anak saya amat sedih dan kecewa.

aliff aziz 2

Ramai netizen yang melemparkan kata-kata kesat terhadap ibu Aliff.

"Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan ada perasaan.

"Semua ada pendapat masing-masing. Namun berpada-padalah dalam mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak baik," katanya kepada mStar.

Aliff ditemui selepas sebutan kes khalwat melibatkan dirinya dengan aktres Ruhainies di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Datang mahkamah berasingan, Ruhainies senyum lebar teruja jumpa rakan media - “Saya tak pandai berlakon, menangis depan kamera”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz muncul kembali, kongsi kata-kata positif selepas anak dan Bella Astillah sah cerai

Kedua-dua mereka merekodkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Nama Aliff dan Ruhainies menjadi bualan hangat netizen selepas mereka berdua ditangkap atas tuduhan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.

Kes berkenaan juga memberi kesan kepada rumah tangga Aliff apabila dia dan isteri iaitu Bella Astillah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.

Kami juga manusia biasa yang melakukan kesilapan dan ada perasaan

ALIFF AZIZ

PELAKON/PENYANYI

Berkongsi perkembangan hidupnya kini, Aliff memberitahu dia lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga di Singapura dan enggan terburu-buru meneruskan kerja seni.

"Sekarang saya ambil masa untuk rehatkan emosi dan mental. Banyak luangkan masa bersama keluarga. Perlahan-lahan kembali membina semangat.

"Bukannya tolak atau tiada sebarang tawaran kerja, cuma saya suba asingkan diri dan tidak terburu-buru memilih tawaran kerja," ujarnya.

aliff aziz 3

Aliff kini dalam tempoh berehat sebelum kembali aktif bekerja.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia enggan memberikan sebarang komen berkaitan bekas isterinya kerana bimbang disalah anggap oleh segelintir pihak.

"Hal-hal lain saya tak mahu cakap kerana bimbang ada pihak manipulasi," jelasnya.

Untuk rekod, Aliff dan Bella sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain