PELAKON Ramona Zamzam tidak peduli jika ada rakan selebriti terasa hati dengan tegurannya berhubung gerakan Blockout 2024 yang dilancarkan sejak Mei lalu. Kata Ramona atau Ros Ramona Zamzam, 34, tujuannya berkongsi pandangan mengenai isu itu adalah kerana mahu menyedarkan segelintir selebriti tempatan terutamanya yang memilih untuk bersikap neutral. "Bagi saya siapa yang makan cili dia yang terasa pedas, sejujurnya saya tak tujukan teguran itu kepada mana-mana individu. "Tetapi ada yang terasa, teruskan. Saya harap mereka rasa tertampar dengan teguran yang saya berikan. Ramona menegur segelintir selebriti yang didakwa bersikap neutral terhadap isu rakyat Palestin. "Saya nak mereka tahu kalau mereka terasa itu semua berpunca dari perangai mereka juga," katanya Ketika ditemui mStar. Ramona berkongsi perkara itu ketika sidang media drama Polis Peronda yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Khamis. Sebelum ini, Ramona dilihat begitu lantang menyelar tindakan segelintir selebriti tempatan yang baru bersuara selepas nama mereka muncul dalam senarai boikot. Sedar perkara itu mengundang rasa tidak senang segelintir pihak, namun Ramona memberitahu dia tidak menerima sebarang ancaman atas kelantangannya itu. ARTIKEL BERKAITAN: "Baru terhegeh-hegeh nak upload?" - Ramona Zamzam selar artis bersuara tak ikhlas selepas masuk senarai boikot ARTIKEL BERKAITAN: Takut terpalit kontroversi... Ramona Zamzam bukan jenis 'gila glamor', jaga status isteri "Tiada siapa yang datang menyerang saya secara berdepan atau fizikal tetapi saya tahu dan sedar ramai yang tak berpuas hati dengan saya. "Kalau ada yang terasa, teruskan. Saya hanya buat hal saya sendiri, itu saja!" ujarnya. Dalam pada itu, Ramona mengakui lumrah anak seni sememangnya tidak lari daripada mempamerkan kepalsuan, namun dia berharap isu melibatkan Palestin ini perlu dipandang serius. Bagi saya siapa yang makan cili dia yang terasa pedas, sejujurnya saya tak tujukan teguran itu kepada mana-mana individu. RAMONA ZAMZAM PELAKON Jelasnya sebagai selebriti beragama Islam, sikap neutral berkenaan perlu dihapuskan malah platform yang dimiliki perlu dimanfaatkan sehabis baik. "Memanglah dalam industri hiburan ini kena tunjukkan 'kepalsuan' dalam diri mereka, tetapi bila bercakap tentang perikemanusiaan saya rasa tak patut untuk bersikap begitu. "Bagi saya tak sesuai untuk awak menjadi neutral, lagi-lagi pula mereka adalah artis berbangsa Melayu yang duduk di Malaysia. Ramona (kanan) digandingkan bersama Puteri Sarah dalam drama Polis Peronda. "Orang Islam pula, mustahil mereka tak boleh sokong saudara Islam mereka!" jelasnya. Dalam perkembangan lain, Ramona bakal membintangi sebuah drama bersiri kepolisan berjudul Polis Peronda bakal bersiaran di TV3 bermula 28 Jun depan. Membawakan watak seorang anggota polis, Ramona mengakui impiannya untuk melakonkan karakter badan beruniform yang tegas akhirnya tercapai. Drama terbitan Skop Production tersebut diarahkan Datuk Yusof Haslam dengan bantuan pengarah bersama iaitu Shafiq Yusof bakal ditayangkan setiap hari Khamis jam 10 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube