suria

Jennifer Lopez pergi bercuti seorang diri, timbul spekulasi sudah bercerai dengan Ben Affleck

Jennifer dilapor sudah bercerai dengan Ben.

KETIKA sedang bergembira melancong ke Itali, timbul pelbagai spekulasi terhadap penyanyi Jennifer Lopez yang dikatakan sudah bercerai dengan suaminya iaitu Ben Affleck.

Ia susulan Jennifer, 54, dikhabarkan bercuti ke negara tersebut berseorangan tanpa teman.

Jennifer 1

Jennifer bercuti ke Itali tanpa suami.

Lebih menguatkan dakwaan apabila Jennifer langsung tidak memuat naik gambar bersama suaminya semasa percutian tersebut.

Penyanyi lagu I'm Real itu dilaporkan pergi ke Pantai Amalfi, Itali bersama rakan-rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan pendek tapi menyentuh hati, Jennifer Lopez gelar Ben Affleck hero

ARTIKEL BERKAITAN: Jennifer Lopez bakal bercerai lagi, Ben Affleck sudah ‘angkat kaki’

Sebelum ini timbul dakwaan apabila Jennifer dan Ben bakal bercerai apabila suaminya itu sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersamanya.

Pasangan itu dikatakan bakal menjual banglo mewah berharga RM300 juta sebagai salah satu penyelesaian penceraian mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain