suria

[V] Dulu dapat 9A tapi Erysha Emyra terpaksa tangguh hasrat sambung belajar... Tak setuju content tayang result gagal SPM

PELAKON Erysha Emyra terpaksa menangguhkan hasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat universiti meskipun mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun 2016.

Menurut Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, dia membuat keputusan itu selepas mula melibatkan diri dalam dunia lakonan kerana merasakan ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum memikirkan tentang pengajian.

"Jujur saya katakan sekarang ini untuk sambung belajar saya tangguh dahulu. Apabila sudah bekerja kita ada tanggungjawab yang perlu saya laksanakan.

erysha 2

Erysha lupakan seketika hasrat sambung belajar.

"Jadi rasanya sekarang ini biarlah saya bekerja dahulu," katanya kepada mStar.

Pelakon drama Aku Bukan Ustazah ini bagaiamanpun berkata dia sama sekali tidak pernah menganggap ilmu dan pendidikan itu sebagai satu perkara remeh.

Bagi Erysha, tidak kira apa jua peringkat umur sekalipun, masih ada peluang untuk manusia menimba ilmu bagi memperbaiki diri.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Aku Bukan Ustazah’ terima kecaman, Erysha Emyra kata watak dan dialog papar realiti sebenar... “Bukan senang nak istiqamah”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lakon watak tomboi dalam ‘Aku Bukan Ustazah’, Shaza Bae terkejut ramai wanita DM puji kacak

Malah, dia juga kurang bersetuju apabila ada segelintir anak muda yang berfikiran gagal dalam SPM adalah satu perkara biasa.

"Saya kurang setuju apabila ada yang buat content tentang kegagalan dalam SPM dan anggap ia tidak penting. Pada peringkat mana sekalipun pendidikan adalah penting. Tak elok nak galakkan orang dengan content sebegitu.

erysha 3

Watak Aminah dalam drama Aku Bukan Ustazah kini menjadi sebutan ramai.

"Dalam lakonan pun saya cuba untuk mengikuti kelas untuk perbaiki hasil kerja. Saya takut untuk rasa terlalu selesa," ujarnya.

Bercakap tentang lakonannya dalam drama Aku Bukan Ustazah, Erysha mengakui pada awalnya dia bimbang sekiranya watak Aminah yang kini menjadi sebutan ramai penonton.

"Watak tersebut agak kontroversi, jadi sebenarnya agak takut apabila diberi tanggungjawab itu. Bukan mudah nak bawa watak seorang yang berpurdah dan kemudian berubah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain