suria

Jon Bon Jovi sahkan anaknya sudah kahwin Millie Bobby Brown

Brown dan Bongiovi akhirnya sudah berkahwin.

SELEPAS beberapa tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Millie Bobby Brown dan model Jake Bongiovi dilaporkan sudah melangsungkan perkahwinan.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh bapa Jake yang juga penyanyi terkenal Jon Bon Jovi.

Bon Jovi memaklumkan perkahwinan pasangan itu dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Brown 1

Mereka melangsungkan perkahwinan secara tertutup.

Malah Millie, 20, dan Jake hanya mengadakan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan bagi meraikan hari bahagia bersama keluarga dan teman rapat.

"Ya mereka sudah berkahwin. Majlis diadakan di sebuah tempat yang kecil dengan kehadiran keluarga dan teman rapat sahaja.

"Bobby dan Jake sangat sepadan. Jake pun nampaknya sangat gembira akhirnya dapat memperisterikan Bobby," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Strangers Things’ Millie Bobby Brown bertunang dengan anak Bon Jovi, dikritik terlalu muda untuk kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Millie Bobby Brown sanggup buat perangai ‘Karen’ selepas dilayan buruk ketika bercuti

Bon Jovi mendedahkan berita perkahwinan pasangan itu ketika membuat kemunculan menerusi program BBC The One Show.

Bagaimanapun penyanyi lagu It's My Life itu tidak mendedahkan tarikh sebenar pasangan itu mendirikan rumah tangga.

Bobby dan Jake, 22, mengikat tali pertunangan pada April tahun lalu namun tidak pernah berkongsi mengenai perancangan perkahwinan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain