PELAKON Tash Yong berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang hamil anak sulung dan usia kandungan sudah memasuki lima bulan. Teruja bakal bergelar ibu, Tash Yong atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazila Rosli, 34, berkata dia terkejut dan menangis gembira apabila dimaklumkan oleh doktor mengenai kehamilan itu. "Sebenarnya dah lima bulan mengandung. Rasa gementar dan tak ikutkan saya dan suami tidak merancang pun. Tash Yong bahagia hidup bersama Boss Kay. "Tapi bila saya buat ujian kehamilan terpapar dua garisan, awalnya tak percaya dan saya buat sekali lagi namun keputusan masih sama. "Kemudian saya ke klinik dan doktor pun mengesahkan saya mengandung, saya rasa sangat gembira dan terus menangis," katanya ketika dihubungi mStar. Sementara itu, Tash Yong memberitahu dia berdepan alahan teruk di awal kehamilan dan terpaksa menolak tawaran kerja. Namun dia bersyukur kerana suami iaitu Boss Kay atau Azlee Abdul Aziz banyak membantu menyelesaikan hal rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN : Untungnya Tash Yong dilayan Boss Kay bak puteri, bangun tidur makanan dah terhidang ARTIKEL BERKAITAN : [V] Akibat fitnah dan campur tangan, Tash Yong & Boss Kay buat keputusan nikah luar negara April lalu "Trimester pertama saya memang kena morning sickness yang teruk. Sehinggakan saya tak buat live atau content, job event atau berlakon pun saya tolak. "Waktu tu saya dijangkiti covid dan selepas pulih saya alami gerd kronik pula. Jadi saya hanya mampu makan nasi dan sup sayur sahaja. "Mujur ada suami yang masak untuk saya sampai sekarang. Dia juga la yang buat segala kerja di rumah macam mengemas, basuh pinggan apa sahaja sampai sekarang," ujarnya. Meskipun suami ringan tulang membantu, Tash Yong mengakui timbul perasaan serba salah kerana membiarkan suami melakukan kerja itu sendirian. Pun begitu, Tash Yong berkata Boss Kay tidak pernah mengeluh malah lebih memanjakan dirinya. Boss Kay semakin memanjakan Tash Yong selepas mengandung. "Saya pula rasa serba salah, patut saya sebagai isteri yang buat kerja rumah tak kisahlah mengandung atau tidak. "Tapi syukur dia tak pernah mengeluh malah lebih memanjakan saya sangat," ujarnya. Untuk info, Tash Yong mendirikan rumah tangga dengan Boss Kay pada 8 April 2023. Sebelum ini, Boss Kay pernah berkahwin sebanyak dua kali, namun menceraikan kedua-dua isterinya pada Mac tahun lalu. Hasil dua perkahwinan itu, Boss Kay dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!