suria

[V] Datuk Red masih sayang Adira, tetap mahu pertahankan rumah tangga

Datuk Red masih menyayangi Adira dan mahu kekal sebagai suami isteri.

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Adnan Abu tetap mahu mempertahankan rumah tangga mereka meskipun kini sedang dalam proses perceraian.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie Muhammad Akmal Amzan yang memaklumkan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, masih menyayangi isterinya itu.

"Anak guamnya saya masih lagi mahu mengekalkan hubungan suami isteri. Dia sayangkan isterinya.

"Dia mahu pertahankan rumah tangga. Tiada pihak yang mahu bercerai," katanya kepada pemberita.

Adira 2

Adira nekad teruskan penceraian.

Akmal ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada Isnin bagi urusan lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mewakili Datuk Red.

Datuk Red melantik seorang rakan baik sebagai wakil JKP.

Pasangan ini bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah untuk proses lantikan JKP yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Abdul Hadi Omar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada persefahaman punca Adira fail cerai, Datuk Red mahu selamatkan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red masih datang jenguk anak-anak, Adira nampak penceraian jalan selesai isu rumah tangga

Sementara itu, Akmal turut menegaskan anak guamnya juga tidak pernah berniat untuk melengahkan prosiding mahkamah yang berlangsung sebelum ini.

"Mengikut undang-undang penyelesaian JKP dalam tempoh enam bulan. Pihak sana bantah sebab agak lama, namun mahkamah benarkan untuk tiga bulan.

"Mahkamah hanya maklumkan jangan lengahkan masa," jelasnya.

Dalam prosiding yang berlangsung pada 4 Disember lalu, hakim menegur Datuk Red kerana masih belum melantik mana-mana wakil JKP dan dianggap sengaja melengah-lengahkan proses berkenaan.

lawyer adira

Peguam syarie Muhammad Akmal Amzan (kiri) dan Nor Saidah Zakaria (kanan).

Sementara itu, peguam kepada Adira iaitu Nor Saidah Zakaria pula memberitahu pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya ada penyelesaian lebih awal sebelum tarikh berkenaan.

"Setakat ini Adira tetap mahu teruskan perceraian tetapi saya tidak boleh komen lebih.

"Jika ada penyelesaian awal akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 5 Mac tahun depan sebagai tarikh mengemukakan laporan JKP.

Adira nekad teruskan penceraian.

Datuk Red berusaha menyelamatkan rumah tangganya dengan Adira.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Datuk Red pada 25 Oktober lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.

Permohonan tersebut adalah kali kedua dibuat terhadap suaminya selepas memfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain