suria

Rawatan kanser cecah RM35,000, nasib pelakon veteran dapat perhatian PMX

Nor Azifah (kanan) menerima sumbangan daripada wakil setiausaha politik Anwar (kiri)

PENDERITAAN pelakon Nor Azifah yang menderita kanser payudara sejak tahun lalu terus mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi program Ziarah Madani.

Anwar berkata pihaknya terpanggil menghulurkan bantuan kepada Nor Azifah bagi meringankan bebannya menampung kos rawatan merawat kanser dihidapinya.

"Azifah menderita sejak tahun lalu akibat kanser payudara.

Azifah menerima kunjungan daripada wakil Anwar.

Azifah menerima kunjungan daripada wakil Anwar.

"Pelakon drama Istidraj dan Tujuh Warna Pelangi ini perlu menjalani rawatan berkala bagi merawat kanser tersebut namun kos rawatan ditanggung amat membebankan," katanya menerusi ciapan di X pada pagi Rabu.

Sementara itu, sumbangan kepada Nor Azifah disampaikan oleh setiausaha politik Anwar iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang hadir ke kediaman aktres tersebut di Hulu Kelang, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Derita kanser tahap empat, PM hulur sumbangan kepada wartawan hiburan Huzz

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Ibnor Riza dan Fauziah Samad dapat perhatian PM, Anwar hulur sumbangan bantu ringan beban

Anwar menerusi ciapan sama, turut mendoakan agar Nor Azifah diberikan kekuatan berdepan dugaan tersebut.

"Farhan telah sampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk membantu meringankan kos perubatannya.

"Saya doakan Nor Azifah dikurniakan keafiatan oleh Allah SWT dan diberi kekuatan untuk berdepan dugaan ini," katanya.

Pada Julai tahun lalu, Nor Azifah atau Nor Azifah Zainon, 60, disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga dan memberitahu dia memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatannya.

Aktres berkenaan difahamkan sudah tidak lagi menerima tawaran berlakon disebabkan masalah kesihatan yang dialami.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Youtube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain