suria

[V] Fatin Afeefa geram dengan Adam Shahz, tak adil suami pula kena tanggung perbelanjaan anak

PELAKON Fatin Afeefa meminta bekas suaminya iaitu pelakon Adam Shahz menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak perempuan mereka dengan sempurna.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, walaupun Adam tidak pernah culas membayar nafkah untuk anak mereka namun mengabaikan keperluan tambahan lain seperti yuran persekolahan.

"Adam tak culas bayar nafkah anak setakat ini cuma saya geram apabila dia enggan membayar yuran sekolah anak.

"Dia cuma beri RM100 untuk beli baju koperasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3,500.

Fatin bersama wakil peguam Aiman Abdul Rahman (tengah) dan Ahmad Hazieq Roshali (kiri).

Fatin hadir ke mahkamah bersama peguamnya.

"Memandangkan perkara ini sedang dalam perbicaraan (tuntutan nafkah) dia kata biar pihak mahkamah tentukan," katanya kepada mStar.

Fatin meluahkan perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes tuntutan nafkah anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia, 9, yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Isnin.

Dalam pada itu, Fatin mendedahkan suaminya iaitu Aliff Awang yang mengambil tanggungjawab sebagai bapa selain membayar segala perbelanjaan Ivy walaupun itu bukan tanggungjawabnya.

Fatin memberitahu walaupun Aliff menganggap Ivy seperti anak sendiri namun dia merasakan perkara itu tidak adil buat suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa terkejut muncul cerita sudah bersalin, belum sedia kongsi berita gembira

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa undur diri dunia lakonan dan nyanyian, akur permintaan suami supaya jadi Muslim lebih baik

"Bagi saya tak adil perbelanjaan Ivy bapa tiri yang bayar semuanya. Walaupun suami tiada masalah sebab sayangkan Ivy tapi sebagai isteri saya rasa itu tidak adil.

"Akhirat kelak takkan nak jawab bapa tiri rela hati bayar perbelanjaan anak?," soalnya.

Dalam perkembangan lain, kes yang dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi itu akan disambung pada pada 27 Ogos dan 2 September depan.

Fatin Aliff

Fatin menganggap tidak adil suaminya perlu menanggung anak perempuannya dengan Adam.

Fatin diwakili peguam syarie Aiman Abdul Rahman dan Ahmad Hazieq Roshali manakala Adam pula diwakili Liyana Sihar.

Untuk rekod, Fatin memfailkan tuntutan nafkah terhadap Adam pada Ogos tahun lalu.

Sebelum itu, Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 43, memfailkan permohonan mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuannya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Fatin merasakan tidak adil suaminya Aliff perlu menanggung segala perbelanjaan Ivy.

Fatin berharap Adam lebih bertanggungjawab dalam soal nafkah anak mereka.

Fatin bagaimanapun memfailkan bantahan terhadap pemohonan pindaan tersebut selepas dia diberi hak penjagaan sementara terhadap anak mereka pada 15 Ogos 2023.

Selain Ivy, Fatin turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 11 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk rekod, Adam dan Fatin melangsungkan perkahwinan pada 21 Disember 2013 namun mereka bercerai empat tahun kemudian.

Aktres itu kembali berumah tangga dengan Aliff pada Disember 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain