suria

Diana Danielle tak mahu bebankan anak-anak, rancang masuk rumah warga emas apabila tua

Diana tidak mahu membuatkan anak-anaknya risau melihat keadaanya.

PELAKON Diana Danielle berkongsi perancangan masa depannya untuk tinggal di pusat jagaan warga emas apabila meiniti usia tua kelak.

Kata Diana atau Diana Danielle Beeson, 33, keputusan tersebut dibuat atas alasan tidak mahu menyusahkan anak-anaknya sekiranya dia ditakdirkan uzur.

"Andai kata saya sakit, saya tak nak susahkan anak-anak saya. Saya pun tak mahu mereka risaukan saya.

Copy of Untitled - 2024-07-13T134953.696

Diana berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast di Instagram Girl Math Podcast.

"Saya ada jumpa rumah perlindungan orang tua yang bagus, jadi saya tak keseorangan apabila tua.

"Dari dulu saya tak suka bergantung kepada sesiapa, sebab itu saya ada perancangan tersebut," katanya.

Diana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di sesi podcast Girl Math Podcast.

Jelasnya, dia yakin kehidupan di pusat jagaan berkenaan bakal memberikannya kehidupan yang tenang tanpa sebarang masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle 100 peratus maafkan Farid Kamil, tiada perasaan benci selepas cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Penceraian ada hikmah tersendiri, Farid dan Diana bahagia selepas hampir setahun rujuk

"Saya tak nak peningkan kepala saya dengar masalah anak-anak.

"Saya nak hidup dengan orang-orang yang sebaya dengan saya, saya boleh karaoke, main catur atau berborak dengan mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun perancangan tersebut masih dalam pertimbangan memandangkan anak sulungnya, Muhammad, 11, sudah berjanji untuk menjaganya apabila dewasa.

Menurutnya, dia percaya mampu tinggal sebumbung dengan Muhammad memandangkan hubungan mereka rapat ibarat rakan baik.

Copy of Untitled - 2024-07-13T135100.017

Diana berkahwin dengan Farid dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

"Saya pernah berborak secara serius dengan Muhammad, dan beritahu yang saya nak tinggal dengan dia bila dah tua nanti.

"Dan dia janji yang dia akan jaga saya dari segi kewangan dan sebagainya. Kami dah macam kawan baik, dan boleh tinggal sama-sama.

"Saya lihat ada setengah ibu dan anak tiada hubungan yang baik membuatkan mereka susah tinggal bersama," jelasnya.

Selain Muhammad, Diana turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Aurora, 9, hasil perkahwinan bersama pelakon Farid Kamil pada 2012.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain