PENYANYI Ernie Zakri belum bersedia menghuraikan secara terperinci berhubung luahan kecewa yang dimuat naik di platform X miliknya sebelum ini. Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, berkata, dia enggan mengundang lebih banyak spekulasi dan salah faham jika dia mengulas mengenainya. "Biarlah saya sahaja yang tahu... Lambat laun nanti kalau orang tahu dan mungkin juga datang dari mulut saya sendiri. Luahan Ernie yang menimbulkan tanda tanya ramai. "Saya hampir mendedahkan tapi saya tarik balik kata-kata dan terus melangkah ke hadapan. "Saya tahu sedikit sebanyak sudah mengundang pertanyaan ramai. Kalau dedahkan orang akan bertanya, jadi saya biarkan saja," katanya kepada mStar. Ernie ditemui ketika majlis pelancaran dan sidang media TikTok Awards Malaysia 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri menangis bukan sebab kalah AJL38, terharu tengok 200 peminat hadir beri sokongan ARTIKEL BERKAITAN: Almari bilik hotel dihempas, Ernie Zakri cerita pengalaman diganggu makhluk halus ketika sedang tidur Penyanyi tersebut berkongsi perkara itu sebagai mengulas hantaran yang dibuat yang seolah-olah menggambarkan rasa kesal terhadap sikap tidak profesional seseorang. Dalam pada itu, Ernie menegaskan luahan itu tiada kaitan dengan bekas syarikatp pengurusannya iaitu Rocketfuel Entertainment seperti dakwaan segelintir pihak. "Kalau cakap berkenaan lagu, syarikat Rocketfuel Entertainment sebenarnya sedang menyelesaikan semua isu berkaitan lagu-lagu saya sebab bertukar pihak pengurusan. Masa itu saya hanya menjadi wanita biasa yang meluahkan di media sosial ERNIE ZAKRI PENYANYI "Jadi perkara itu memang tiada dan salahlah tanggapan peminat itu. Ini tidak ada kaitan dengan apa-apa spekulasi dibuat peminat," ujarnya. Tambah Ernie dia juga sudah berterus-terang dengan ahli kelab peminat supaya tidak timbul salah faham antara mereka. Dia juga menolak dakwaan sengaja berbuat demikian sebagai gimik untuk melancarkan lagu baharu dalam masa terdekat. Ernie lebih selesa ambil langkah berdiam. "Sebenarnya, kisah ini sudah berlalu dua hingga tiga minggu dan sudah tidak mahu fikir. "Saya tiada komen lain, itu hanya perasaan saya ketika itu. Ada juga orang cakap gimik hendak keluar lagu, tapi sebenarnya tidak. "Masa itu saya hanya menjadi wanita biasa yang meluahkan di media sosial," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube