suria

Rakan mula jauhkan diri sejak jadi ejen insurans, Ammar Titan anggap lumrah persahabatan

PELAWAK Ammar Titan mendedahkan ramai kenalannya mula menjauh diri sejak dia mula aktif menjadi ejen insurans hujung tahun 2023.

Ammar atau nama sebenarnya Azizul Ammar, 37, berkata walaupun ramai rakan mula menjauh namun dia tidak berkecil hati sebaliknya lebih mengerti erti sebenar persahabatan.

“Orang yang sihat memang akan lari dengan ejen insurans tapi nanti bila dah sakit baru nak cari kami, nak kata kami jahat tidak sebab kami hanya selesaikan masalah, tak perlu lari pun kami tak buat apa-apa.

“Ada juga kawan yang mula menjauh tapi ini bukan masalah besar, ni kawan konon-kononya mengaku rapat bila saya di kerjaya artis kemuncak dulu tapi bila tahu saya aktif jual insurans terus lari.

“Tak ada pun nak marah ke apa, mungkin ada sebab kenapa tuhan menjauhkan saya dengan orang macam ini dan saya tak akan lupa dengan orang yang pernah berada dengan saya waktu tak ada apa,” kata Ammar kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Ammar bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Siapa Buka Lampu yang akan ditayangkan di pawagam pada 4 Julai 2024

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi