VODCAST Kenot Brain kali ini membawakan seorang pelawak penyanyi dan juga usahawan sambal iaitu Ali Puteh.
Menerusi sembang podcast ini, Ali Puteh berkongsikan penderitaannya untuk memulakan kembali kehidupan apabila teruk dikecam waganet gara-gara kontroversi bersama bekas iparnya iaitu isteri kepada Abam.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan bagaimanapun kekal tenang dan meneruskan usaha untuk berniaga demi kelangsungan keluarga yang ketika itu dalam keadaan susah.
Disebabkan itu, Ali berkata dia semakin diterima dan perniagaannya semakin maju sehingga mampu menjual 400 paket sambal setiap hari.
Pelawak itu turut menyatakan kerinduan untuk kembali beraksi di atas pentas memandangkan ketika ini masih kurang mendapat sebarang tawaran.
Terdapat pelbagai lagi topik yang menarik dibincangkan bersama Ali di dalam sesi podcast mStar tersebut.
TONTON VIDEO PENUH VODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI