suria

Selalu ‘video call’ suami, Amylea akui bukan mudah hubungan jarak jauh... Bagi amaran kepada penyondol cuba ganggu rumah tangga

PENYANYI Amylea Azizan mengakui timbul kebimbangan sekiranya ada individu yang cuma mengganggu hubungannya dengan suami iaitu Mohammad Aqbar Mohamad, 40, memandangkan mereka kini tinggal berjauhan.

Amylea, 38, berkata dia sentiasa memantau keadaan suaminya dan mengharapkan agar rumah tangga dibina selama tujuh bulan itu berkekalan sehingga akhir hayat.

“Saya memang sentiasa risau. Saya selalu beri amaran kepada suami dan saya beri amaran kepada mereka di luar sana, suami saya bukan Aaron Aziz atau Zul Ariffin.

“Tetapi kalau ada percubaan itu (menyondol), saya tidak takut untuk melakukan perkara yang lebih drastik iaitu musnahkan hidup awak,” katanya kepada mStar.

Amylea bagaimanapun memaklumkan sehingga kini tiada gangguan tersebut dan berusaha sehabis baik mempertahankan perkahwinannya.

“Saya doa kepada Allah supaya benda ini tidak akan berlaku. Saya ernah rasa dicurangi dan tidak mahu lagi melalui fasa tersebut. Saya akan cuba yang terbaik untuk menjaga perkahwinan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, Amylea berkata dia tidak mempunyai sebarang perancangan dan tidak menolak sekiranya mempunyai zuriat dalam tempoh terdekat.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi