suria

Azira Shafinaz pilih rahsiakan sakit, dapat nasihat doktor sebelum tarik diri ‘The Hardest Singing Show’

PENYANYI Azira Shafinaz memberitahu dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan ekoran masalah kesihatan yang sedang dialami.

Selepas kumpulan De Fam menarik diri daripada program The Hardest Singing Show, Azira berkata dia sendiri yang membuat keputusan untuk berehat seketika daripada dunia seni.

“Masalah kesihatan yang saya alami sekarang ini tidak memberi impak kepada tenaga dan stamina saya tapi buat masa ini memang saya ambil keputusan untuk berehat sebentar daripada berlakon.

“Tapi keputusan yang saya buat ini bukanlah kebetulan, ianya memang keputusan dari diri saya sendiri,” katanya pada mStar.

Meskipun begitu, Azira memberitahu bahawa sebarang projek berkaitan De Fam masih akan dijalankan seperti biasa dan akan kembali berlakon semula pada bulan Ogos nanti.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi