suria

Suami nampak lembut tapi sebenarnya tegas, Janna Nick sensitif lelaki kasar... “Dia lebih feminin dari saya”

RAMAI peminat yang terhibur dan suka melihat aksi sweet dan bersahaja pasangan selebriti iaitu Janna Nick dan Dini Schatzman di media sosial.

Namun di sebalik kelucuan dan sikap manja ditunjukkan Dini atau nama sebenarnya Dini Schatzman, 29, ada juga komen-komen nakal ditulis oleh pengikut menyentuh mengenai karakter aktor berkenaan.

Menjawab mengenai perkara itu, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata meskipun suaminya itu memiliki karakter lemah lembut, namun Dini merupakan seorang yang tegas dan lebih dominan berbanding dirinya.

“Saya rasa kelakar dan layan sahaja (bila ada orang kata dia lembut). Mentaliti masyarakat Melayu kita sekarang ini sudah biasa dengan mentaliti lelaki dominon, keras. Itu adat kita.

“Tapi Dini ini mentaliti dia berbeza. Tiada kasta dalam rumah tangga. Saya suka lelaki yang lembut dan hormat wanita. Saya pun sensitif dengan kekasaran,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi