suria

“Saya tubuhkan, patut respek!” - Eddy Badry bengang ada pihak ugut penganjur, sekat ‘job’ Real XPDC

PENGURUS Real XPDC iaitu Eddy Badry meluahkan rasa kesal apabila kumpulannya itu diganggu pihak tertentu sehingga menganggu mereka membuat persembahan pentas dan karnival.

Berkongsi mengenai perkara itu, Eddy atau Eddy Badry Shaarani, 59, mendakwa hampir dua tahun menerima ugutan daripada pihak yang kurang senang melihat kumpulannya mendapat lebih perhatian berbanding kumpulan lain.

“Perkara ini sudah berlarutan selepas saya tubuhkan semula kumpulan XPDC jadi mereka lihat kami ni sebagai ancaman kepada pergerakan mereka, sedangkan kumpulan XPDC ini saya yang tubuhkan patutnya mereka kena hormat la.

“Mereka cuba ugut penganjur expo supaya jangan ambil kumpulan Real XPDC dan bagitahu kami ni melanggar hak cipta tapi syarikat rakaman muzik tak pernah pula nak hantar surat saman kepada kami.

“Hampir dua tahun saya diamkan tapi sekarang saya rasa ugutan ini sudah melampau,” kata Eddy kepada mStar.

Bagi menyelesaikan isu ini, Eddy berkata dia akan berhubung serta berjumpa dengan pihak berkenaan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu berbangkit ini.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi