suria

[V] Datang bagi sokongan, Puteri Sarah dedah Bella Astillah masih fasa terkejut belum boleh terima kenyataan sudah bercerai

PELAKON Puteri Sarah Liyana meluahkan kebimbangan mengenai keadaan sahabatnya iaitu Bella Astillah yang masih belum boleh menerima kenyataan sudah berpisah dengan Aliff Aziz.

Kata Puteri Sarah, 39, Bella memerlukan sokongan rakan-rakan dan kini sedang berusaha menyesuaikan diri memulakan hidup baharu tanpa suami.

"Masa hari raya haji tempoh hari saya memang jumpa Bella untuk beri sokongan dekat dia, saya tahu Bella pun masih dalam fasa terkejut.

sarah2 - 1

Puteri Sarah (kiri) memberitahu emosi Bella sering terganggu selepas bercerai.

"Bella masih tidak dapat menerima kenyataan tetapi dia mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang," katanya kepada mStar.

Sarah berkongsi perkara itu semasa ditemui di sidang media drama Polis Peronda yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor pada Khamis.

Untuk rekod, Bella dan pelakon Aliff Aziz bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tidak akan terjadi!" - Puteri Sarah dah 'move on', kembali ke pangkuan Syamsul berita fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: "Tahniah bekas sahabat..." - Berjaya runtuhkan rumah tangganya, Bella Astillah ucap terima kasih kepada Ruhainies

Sementara itu, Sarah memberitahu emosi sahabatnya itu sering terganggu kerana mengenangkan nasib dua anak yang masih kecil.

"Dia memang sedih, tentu dia sedih. Berbeza dengan saya, saya tak sedih sebab saya dah terlalu lama ‘move on’.

"Tapi apa yang buat dia paling sedih adalah memikirkan tentang anak-anak dialah," jelasnya.

Bella masih tidak dapat menerima kenyataan tetapi dia mencuba untuk menyesuaikan diri.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Pada Isnin lalu, Puteri Sarah berkongsi foto dia meraikan hari raya Aidiladha bersama Bella di kediaman pelakon itu.

Bersimpati dengan nasib Bella, Puteri Sarah menjelaskan tujuan dia bertemu pelakon itu bagi memberikan sokongan dah semangat agar Bella dapat meneruskan kehidupan.

Malah sebagai sahabat, Puteri Sarah berjanji untuk sentiasa membantu dan berada di sisi sahabatnya itu dalam apa jua keadaan.

"Kebetulan masa hari raya haji, saya terus jumpa dia. Sebagai kawan, kita cuba untuk sokong dan bagi semangat untuk dia teruskan hidup dia.

"Saya beritahu dia yang saya selalu ada dengan dia, sekiranya dia perlukan bantuan jangan malu untuk beritahu saya," ujarnya.

sarah1 - 1

Puteri Sarah memberikan sokongan dan nasihat sebagai seorang rakan.

Dalam perkembangan lain, Puteri Sarah bakal membintangi sebuah drama bersiri kepolisan berjudul Polis Peronda bermula pada 28 Jun depan.

Membawakan watak Inspektor Sarah, Puteri Sarah akan menjanjikan wataknya itu akan menonjolkan sisi berbeza berbanding karakter yang pernah dilakonkan sebelum ini.

Drama terbitan Skop Production tersebut diarahkan Datuk Yusof Haslam dengan bantuan pengarah bersama iaitu Shafiq Yusof bakal menemui penonton di siaran TV3 sempena ulang tahun ke-40 stesen TV berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain