PELAKON Jasmin Hamid bengang dengan tindakan segelintir netizen yang mengkritik penampilan fizikalnya selepas menjalani pembedahan bariatrik di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Februari lalu. Menurut Jasmin, 52, dia hairan dengan tindakan mereka yang dilihat tidak senang dengan perubahan dirinya sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah dan kecaman. "Gemuk salah, kurus salah? Kau nak apa sebenarnya? Nak kurus ke gemuk? Peminat sentiasa bimbang lihat keadaan Jasmin. "Bila aku gemuk kau kutuk," luahnya menerusi Instagram pada Khamis. Dalam pada itu, Jasmin memberitahu dia pernah dituduh tidak pandai menjaga badan hanya kerana memiliki tubuh berisi suatu ketika dahulu. "Bila gemuk kau kata tak pandai jaga badan. Kurus pula kata kena kencing manis. Mana boleh nak puaskan hati semua orang," katanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh makin langsing, Jasmin Hamid gembira berat badan susut hampir 10kg selepas sebulan lakukan bariatrik ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid jalani pembedahan di hari lahir, doa minta bebas kanser rahim... Tergores hati netizen kutuk fizikal makin berisi Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar Jasmin tidak mempedulikan komen jahat di media sosial. Mereka juga memuji Jasmin kelihatan lebih cantik selepas berat badannya semakin susut. "Jangan peduli kata orang. Janji sihat sudah cukup. Perbezaan Jasmin sebelum dan selepas lakukan pembedahan. "Makin kurus makin nampak muda. Nampak cantik yang sekarang ini," antara komen netizen. Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Jasmin memberitahu dia dinasihatkan oleh doktor untuk melakukan prosedur berkenaan selepas mendapati terdapat masalah pada bahagian ulu hati. Pada awalnya dia berasa ragu-ragu terhadap kaedah perubatan itu, namun mendapat keyakinan apabila menerima nasihat dan penerangan lanjut doktor. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!