suria

Belum cukup pantang tapi Shila Amzah dah mula bekerja... “Beberapa hari lagi tu kira halal la”

Shila teruja dapat kembali berkerja.

MASIH berbaki beberapa hari sebelum habis tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah sudah mula bekerja dan melakukan persembahan sempena sambutan ulang tahun 50 Tahun Malaysia dan China pada Rabu.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, berkata dia teruja dapat kembali berkerja dan diberi kepercayaan menjayakan acara berkenaan.

"Kembali berkerja! Walaupun belum habis berpantang... saya masih ada beberapa hari lagi kira halal la.

shila c

Shila teruja dapat kembali berkerja.

"Hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan China dan Malaysia jadi saya akan menyanyikan lagu tema sambutan ini," katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi aplikasi TikTok yang turut memaparkan dirinya sedang melakukan persiapan untuk acara berkenaan yang dipercayai berlangsung di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Shila memberitahu ini merupakan tugasan pertamanya selepas berehat panjang melahirkan anak kedua sejak tiga bulan lalu.

"Kerja pertama setelah tiga bulan. Dari hujung trimester, bersalin dan pantang. Ayuh kita kayuh!" ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat perkara betul untuk diri dan anak, Shila Amzah tak rasa malu pernah bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: Belum habis pantang tapi Shila Amzah dah sedia sambung kerja... Bakal terbang ke China dan Hong Kong

Sementara itu, rata-rata netizen mengagumi perubahan tubuh badan Shila yang dikatakan semakin kurus selepas bersalin.

"Kurus! Shila sudah dapat berat badan sebelum mengandung ke?

"Macam tak percaya sudah anak dua, Shila tetap cantik macam selalu," antara komen netizen.

Pada 9 Mei lalu, Shila selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.84 kilogram di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.

china 12

Shila selamat bersalin anak perempuan 9 Mei lalu.

Shila bersama suami iaitu Ubai atau Muhammad Ubaidilillah Mohd Zulkefli, 26, bersepakat memberi nama bayi mereka, Rhea Akira yang membawa maksud kemenangan dan terang.

Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai pada 5 Ogos tahun lalu.

Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain