PELAKON Fareez Fauzi berkongsi keadaan bahagian belakang badannya yang mengalami kecederaan akibat dipukul dengan getah paip oleh aktres Noorkhiriah. Menunjukkan kesan kecederaan itu, Fareez atau Muhammad Fareez Hazwan Fauzi memberitahu kejadian tersebut berlaku semasa mereka sama-sama menjayakan drama berjudul Singah yang kini masih dalam proses penggambaran. "Nak kongsi sikit pengalaman berlakon dengan Kak Noor (Khiriah). Ini dia penangan Noorkhiriah. Fareez dan Khiriah bergandingan dalam drama Singah. "Kak Noorkhiriah tak pukul kuat pun, getah paip memang berbisa," katanya. Fareez memuat naik video pendek menceritakan pengalaman tersebut di laman Instagram miliknya pada Khamis. Menerusi video berkenaan, Khiriah juga terkejut dan tidak menyangka badan Fareez mengalami kecederaan sebegitu akibat perbuatannya. ARTIKEL BERKAITAN: Kurang job nyanyian, Fareez Fauzi fokus cari duit menerusi ‘live’ TikTok... Impi sertai program Big Stage ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana terjatuh semasa lakon babak aksi, tunjuk bukti tangan ‘patah’... “Saya kalau sakit memang tak beritahu sesiapa” Dia juga memohon maaf kepada aktor Fauzi Nawawi yang merupakan bapa kepada Fareez. "Jujur saya tidak pukul kuat, tapi tak sangka berbirat sampai begitu. "Kepada abang Fauzi, saya minta maaf. Bisa rupanya getah paip," ujarnya. Fareez memberi komitmen terbaik menjayakan watak dalam lakonan. Membalas komen tersebut, Fauzi menganggap ia juga sebagai satu proses pembelajaran seorang anak seni yang perlu dilalui. "Tidak mengapa, anak jantan. Itu perkara biasa. Sebelum berjaya dia kena lalui perkara begitu," jawabnya. Malah Fareez sendiri pun dilihat tidak ambil hati atas apa yang berlaku malah berbangga dapat bergandingan dengan Noorkhiriah. Dalam masa sama, dia juga meminta orang ramai dapat menyokong karya arahan Asya Kamaruddin ini kerana barisan pelakon sudah memberikan yang terbaik. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!