suria

[V] Fatin Afeefa bangga suami usaha cari pendapatan tanpa forex, ada bisnes lain sara keluarga

Fatin memberi sokongan penuh terhadap suami dalam apa jua perniagaan yang Aliff ceburi.

PELAKON Fatin Afeefa berasa bangga dengan usaha ditunjukkan suaminya iaitu Aliff Awang mencari pendapatan selepas setahun meninggalkan aktiviti pelaburan mata wang asing atau forex.

Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, sepanjang tempoh itu Aliff bukan hanya duduk goyang kaki di rumah sebaliknya menjalankan beberapa jenis perniagaan bagi menghasilkan pendapatan.

"Sebagai isteri saya bangga dengan suami sebab dia ada usaha dan ini yang saya mahukan.

size NP 1 - 2024-06-18T140451.061

Fatin bangga dengan usaha suami cari pendapatan untuk keluarga.

"Dia tahu ada tanggungjawab perlu dipikul dan berusaha buat bisnes untuk cari pendapatan daripada hanya mengeluh tiada pekerjaan atau reda dengan situasi," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai perniagaan personaliti media sosial itu, Fatin memberitahu Aliff atau Opai bakal mengeluarkan jenama minyak wanginya sendiri tidak lama lagi.

Kata Fatin sejak enam bulan lalu Aliff sibuk melakukan kajian dan pembangunan (R&D) produk sebelum melancarkannya di pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Yakin rezeki Allah luas, suami Fatin Afeefa sudah setahun tinggalkan forex - “Elok saja boleh hidup”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fatin Afeefa undur diri dunia lakonan dan nyanyian, akur permintaan suami supaya jadi Muslim lebih baik

"Sejak enam bulan lalu setiap hari dia dekat pejabat cuba menghasilkan minyak wangi baru daripada 'inspired perfume'.

"Sampai sekarang masih dalam peringkat R&D sebab dia seorang yang mementingkan kesempurnaan. Jadi selagi tak sempurna dia tak akan menjualnya," kongsinya.

Fatin memberitahu selain minyak wangi, Aliff juga mempunyai beberapa perniagaan lain yang tidak didedahkan kepada umum.

size NP 1 - 2024-06-18T140409.859

Aliff kini mempunyai beberapa jenis perniagaan yang diusahakan sejak setahun lalu.

Untuk rekod, Fatin dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 30 Disember 2022.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Adam Shahz atau Nor Shah Azli Abdol Ghani pada Disember 2013 namun mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 9 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain