suria

Ibu Aliff Aziz tenang layan netizen... Siap doakan individu hina anak seperti binatang, tuduh ada penyakit

Hafiza teruks menerima kecaman di media sosial.

IBU kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza terus menjadi sasaran kecaman netizen semenjak dia kembali aktif di laman sosial.

Tidak melatah dengan kata-kata hinaan dilemparkan, Hafiza membalas kembali dengan ucapan syukur dan doa buat individu berkenaan.

"Alhamdulillah teruskanlah jika ini membuat anda bahagia. Kami tetap mendoakan Allah berkati anda sekeluarga.

hafiza 4

Hafiza tenang membalas komen netizen.

"Salam buat ibu dan ayah anda kerana pasti mereka akan sedih jika membaca kata-kata ini," ujarnya.

Hafiza menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Rabu berserta tangkap layar seorang pengguna media sosial yang menghantarnya mesej dan kata-kata kesat.

Individu itu bukan hanya melabelkan dirinya seolah-olah seperti binatang malah turut menghina Aliff.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz muncul kembali, kongsi kata-kata positif selepas anak dan Bella Astillah sah cerai

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka seperti lembu dicucuk hidung” - Ibu Aliff Aziz terima ratusan DM setiap hari, kasihan netizen penat tulis mesej maki hamun

Lebih teruk lagi, individu tersebut turut menuduh anak lelakinya itu dijangkiti penyakit berjangkit HIV.

Hafiza dalam masa sama turut mengingatkan individu berkenaan agar tidak terlalu memandang tinggi seseorang sehingga sanggup menghina pihak lain.

"Mudah-mudahan di padang mahsyar kelak, orang yang anda sanjung tanpa mengenal siapa dia sebenarna dan bersungguh memaki hamun kami hanya untuk memuaskan hati anda.... dia akan dapat membantu anda," ujarnya.

hafiza 2

Nama ibu Aliff kembali jadi sebutan selepas anaknya sah bercerai dengan Bella (kiri).

Hafiza kembali aktif di media sosial selepas Aliff sah bercerai talak satu dengan pelakon Bella Astillah pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Semenjak itu dia banyak menerima banyak kecaman sehingga terpaksa memadam dan menyekat ratusan komen yang menghentam dirinya.

Hafiza sebelum ini dilihat sepi dari berkongsi kata-kata nasihat sejak dua bulan lalu ketika kes perceraian Aliff dan Bella hangat diperkatakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain