suria

Isyariana terjatuh semasa lakon babak aksi, tunjuk bukti tangan ‘patah’... “Saya kalau sakit memang tak beritahu sesiapa”

Walaupun dalam kesakitan, Isyariana tetap menjayakan babak aksi tersebut.

PELAKON Isyariana terpaksa menanggung kesakitan selepas bahagian pergelangan tangannya cedera akibat tersilap langkah ketika melakonkan babak aksi di set pengambaran filem Saka Perawan.

Isyariana atau Isyariana Che Azmi, 34, berkata kecuaiannya tersebut menyebabkan tisu pada pergelangan tanggannya terkoyak sehingga dia terpaksa menerima rawatan di hospital.

"Inilah tangan yang 'patah', bukanlah patah sebenarnya tapi tisu koyak dekat pergelangan tangan itu.

Copy of Untitled - 2024-06-19T170142.754

Isyariana berkongsi mengenai kecederaannya menerusi hantaran di InstaStory.

"Salah saya sendiri sebab jatuh dekat tanah jadi terkepaklah tangan itu.

"Saya tak nak cakap tapi hujung-hujung saya beritahu juga terus disuruh pergi klinik, habis semua jadi risau," katanya.

Isya berkongsi perkara itu menerusi hantaran video memaparkan keadaan tangannya dan dipercayai dihantar kepada pihak poduksi filem tersebut.

Dalam pada itu, Isyriana memberitahu dia tidak suka menghebohkan kesakitan dan kemalangan yang dialami kerana mahu tetap bersikap profesional ketika menjalankan tugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Penceraian ibu bapa buat Isyariana takut kahwin, cari lelaki pendiam sebagai calon suami

ARTIKEL BERKAITAN: Isyariana cari calon suami pendiam dan berduit, tak mahu nanti tanggung ‘biawak hidup’

"Tapi saya memang kalau sakit tak bagitahu sesiapa sebab saya nak habiskan kerja sebaik mungkin.

"Selagi saya boleh bangun, saya tetap nak shoot juga sebab niat saya memang tak mahu ganggu kerja pasukan," ujarnya.

Isyariana bagaimanapun tetap meluahkan rasa syukur apabila babak tersebut berjaya dihabiskan walaupun berdepan kesakitan.

Justeru itu, dia mengharapkan penonton menghargai kesungguhannya menjayakan babak dalam filem tersebut.

Copy of Untitled - 2024-06-19T170908.040

Isyarian mahu sajikan lakonan berkualiti kepada penonton.

"Alhamdulillah syukur, berjaya juga habiskan walaupun sakit-sakit. Kalau tengok babak hujung-hujung itu nampaklah muka saya tengah tahan sakit.

"Korang kalau tak hargai saya lagi tak tahulah saya buat bersungguh-sungguh kerja ini," jelasnya.

Isyariana bakal membawa watak Puteri Emilia menerusi filem Saka Perawan yang bakal menemui peminat bermula 27 Jun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain